t>

Author Archives: admin

  • 0

Lawatan ke Taman Botani Shah Alam

Menjaga dan menghargai alam sekitar dengan baik adalah menjadi satu kewajipan kita sebagai seorang manusia di muka bumi ini. Walaupun ianya bukanlah perkara yang mudah, namun dengan ilmu yang kita ada, kita pasti dapat melaksanakan tugas ini dengan mengajar generasi yang akan datang ini untuk belajar tentang keindahan alam sekitar.

Pada 12 Disember yang lepas, seramai 37 orang pelajar Foundation ASIQS telah mengikuti satu lawatan sambil belajar ke Taman Botani Negara. Keseronokan terpancar dan jelas kelihatan di muka pelajar-pelajar kami ini. Tujuan sekolah ASIQS mengadakan lawatan ini adalah kerana ingin mendedahkan pelajar-pelajar ASIQS kepada flora dan fauna, dan juga ingin mengajar spesis haiwan yang sudah mula terancam seperti tapir dan lain-lain lagi.

Pelbagai hidupan yang mereka dapat pelajari dan lihat pada hari tersebut seperti landak, tapir dan sebagainya. Kami di ASIQS berharap dengan banyak mendampingi dan melihat alam semulajadi di sekitar mereka, pelajar-pelajar ini dapat mempelajari banyak ilmu tentang persekitaran mereka. Mungkin  juga suatu hari nanti, pelajar-pelajar ini akan dapat mencari jalan untuk memelihara dan menjaga alam sekitar kerana ia sudah menjadi tanggungjawab kita semua bersama.

#HanyadiASIQS


  • 0

Lawatan ke Bank Negara Malaysia

Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) – (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.
– Surah Al-Insan, ayat 15 & ayat 16

Bersempena dengan program cuti sekolah yang dianjurkan oleh sekolah ASIQS, seramai 38 orang pelajar Level telah menyertai lawatan sambil belajar ke Bank Negara Malaysia. Program lawatan sambil belajar ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang bertemakan Surah Al-Insan, dan aktiviti kali ini banyak berpandukan kepada ayat 15 & ayat 16 daripada Surah Al-Insan.

Banyak perkara yang pelajar-pelajar ini dapat belajar sepanjang tempoh lawatan mereka di Bank Negara Malaysia, seperti sejarah ekonomi negara, bentuk dan sejarah mata wang daripada dahulu kala sehingga kini. Mereka juga diajar dengan sejarah penubuhan Bank Negara Malaysia.

Alhamdulillah, kami di ASIQS bersyukur kerana program kali ini berjaya dengan menambahkan ilmu pengetahuan yang tersedia ada kepada pelajar-pelajar kami ini. Bukan sahaja mereka seronok dapat melawat Bank Negara Malaysia, malah kami yakin lawatan ini juga akan menjadi pengalaman dan kenangan yang tidak dilupakan oleh pelajar-pelajar ini.

#HanyadiASIQS


  • 0

Training Guru ASIQS

Pada 2 hingga 4 Disember yang lepas, pihak ASIQS telah menganjurkan kem latihan untuk para tenaga pengajar kami bagi menaikkan semula motivasi dalam diri mereka. Bertempat di Kedidi Garden, Klang, seramai 22 orang guru telah turut serta dan ada juga di kalangan mereka yang hadir bersama ahli keluarga seperti isteri dan anak-anak mereka.

Objektif kem latihan ini bertujuan untuk mengajar para guru ASIQS tentang satu teknik pengajaran baru yang dinamakan Pengajaran Rahsia. Dengan mempelajari teknik ini, para guru ASIQS telah diajar bagaimana dan cara-cara untuk mereka mengajar anak murid secara separa sedar atau secara tersembunyi. Teknik ini bakal diterapkan dalam pengajaran anak-anak murid agar mereka dapat memahami dan menghayati sesuatu pengajaran itu tanpa mereka sedari.

Di samping itu, banyak juga aktiviti kekeluargaan yang dijalankan sepanjang kem tersebut. Dengan ini para guru dapat merapatkan silahturahim dan erti bekerjasama semasa mereka mengajar di ASIQS nanti. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua gurudan staf yang hadir ke kem ini.  Semoga kem seperti ini dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang, Insya-Allah.

#HanyadiASIQS


  • 0

Tahniah Kak Maria!!

Pada awal musim cuti sekolah yang lepas, Kak Maria, salah seorang tenaga pengajar di ASIQS, telah menamatkan zaman bujang beliau dengan jejaka pilihan hatinya. Kak Maria dikenali oleh anak-anak murid-murid beliau sebagai salah seorang guru yang telah lama berkhidmat di ASIQS.

Apa yang menarik perhatian kami, semasa di majlis perkahwinan, hampir kesemua pelajar-pelajar lama dan guru-guru yang pernah berkhidmat di ASIQS, menghadiri dan memeriahkan majlis Kak Maria ini. Bukan sahaja pelajar-pelajar lama dan baharu, malah ibubapa mereka menghadiri bagi meraikan hari yang menggembirakan ini. Ini menunjukkan bukan sahaja terbentuknya harmoni di kalangan warga ASIQS, tetapi juga menunjukkan kepentingan institusi keluarga dalam sesuatu sistem pembelajaran. Kami di sini sudah boleh diibaratkan seperti sebuah keluarga yang sangat besar.


Sebelum terlewat, sekali lagi kami di ASIQS ingin mengucapkan tahniah kepada Kak Maria dan pasangan beliau. Semoga pasangan mempelai ini kekal bahagia hingga ke anak cucu, Insya-Allah.

#HanyadiASIQS


  • 0

Alumni yang dirindui

Bersempena dengan musim cuti sekolah, para alumni ASIQS telah mengadakan satu perjumpaan semula atau reunion bersama dengan rakan-rakan seangkatan mereka. Bekas pelajar-pelajar ini memulakan pengajian mereka di ASIQS pada tahun 2012 dan tamat pada tahun 2017 ini merupakan merupakan kumpulan pelajar ASIQS yang pertama semenjak ASIQS ditubuhkan.

Walaupun telah lama meninggalkan ASIQS, namun para alumni ini tidak melupakan dan sering mengajak guru-guru mereka untuk berjumpa dan berkumpul bersama-sama. Salah seorang daripada alumni, Fauzan, sentiasa akan menetapkan tarikh, masa dan lokasi untuk mereka berkumpul. Baru-baru ini juga, Fauzan yang sudah menguruskan perniagaan satay beliau sendiri, membelanja semua yang hadir dengan satay. Satay ini dibakar dan dibawa sendiri oleh beliau dan ianya sangat sedap, banyak dan mengiurkan. Memang kelas pertama dan kami rekemenkan kepada anda untuk mencubanya!

Begitulah di ASIQS, walaupun telah lama meninggalkan sekolah ini, para alumni ini tidak melupakan jasa-jasa dan sumbangan daripada guru-guru mereka. Kami berasa sangat terharu dan berbangga apabila dapat melihat bekas-bekas pelajar ini berjaya dalam apa jua yang mereka tempuhi.

#HanyadiASIQS