t>

Author Archives: admin

  • 0

Dann dan rubic cube

Pada suatu ketika dahulu, permainan rubik atau lebih dikenali sebagai Rubik Cube ini sangat popular di kalangan remaja dan orang dewasa. Setiap pemain harus menyelesai Rubik Cube ini dengan menyusun semula warna-warna ke tempat dan petak asal sehingga membentuk satu sisi yg sempurna dengan warna yang betul. Rubik Cube ini banyak manfaatnya seperti menajamkan pemikiran pemain dalam mencari jalan untuk menyelesaikan teka-teki.


Dann, seorang pelajar ASIQS yang sangat meminati Rubik Cube tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Lalu beliau pun meminta pertolongan daripada Abang Umair kerana Abang Umair sering bermain permainan ini. Tersenyum lebar, Abang Umair telah meletakkan satu perjanjian dengan Dann, yang dimana Dann harus mempelajari beberapa kata kerja di dalam Bahasa Arab.  “Selesai sahaja tugasan ini, abang akan ajar Dann cara-cara untuk menyelesaikan permainan ini” ujar Abang Umair kepada Dann.

Dengan minat yang mendalam kepada Rubik Cube, Dann pun menyahut tugasan dan cabaran yang diberi oleh Abang Umair. Lalu Dann pun belajar kata-kata kerja tersebut dalam Bahasa Arab. Setelah beberapa hari, Dann menunjukkan kepada Abang Umair hasil beliau dalam mempelajari kata-kata tersebut. Janji harus ditepati, Abang Umair pun mengajar Dann bagaimana untuk menyelesaikan Rubik Cube.


Setelah 15 minit diajar, Dann berjaya juga menyelesaikan Rubik Cube. Kegembiraan terpancar di wajah beliau. Tidak kedekut dengan ilmu yang diberi, Dann mengajar pula kepada rakan-rakan beliau bagaimana untuk menyelesaikan Rubik Cube.  Seronok bila dapat melihat mereka bermain bersama-sama di ASIQS.

#HanyadiASIQS


  • 0

Litar Selari dan Kongsi

Pernahkah anda mendengar cerita hikayat zaman dahulu, yang di dalam cerita tersebut seorang ayah mengajar anak-anaknya hidup bekerjasama dengan menggunakan ranting kayu? Begitu juga dengan pembelajaran dalam kelas Fizik yang diajar oleh Abang Aznil baru-baru ini. Beliau ingin mengajar anak-anak muridnya hidup bekerjasama, tetapi ada sedikit kelainan dengan teknik pembelajarannya pada hari itu.

Dalam kelas Fizik tersebut, Abang Aznil mengajar pelajar-pelajar L3 tentang litar siri dan litar selari. Di samping itu, para pelajar juga dikendaki membuat model replika litar siri dan litar selari. Abang aznil juga telah menyediakan peralatan yang mencukupi untuk membuat model tersebut.

Setelah selesai membuat model litar siri, tiba-tiba para pelajar L3 tersedar yang mereka tidak mempunyai alatan dan barang yang mencukupi untuk membuat model litar selari. “Abang Aznil! Tak cukuplah nak buat litar selari!” Abang Aznil mendengar keluahan anak-anak muridnya, namun beliau hanya tersenyum dan berkata kepada meraka: “Ada, cukup barang untuk litar selari. Cuma kamu semua perlu fikirkan saja bagaimana nak menyelesaikannya.” Garu kepala masing-masing dibuatnya. Apa yang Abang Aznil cakapkan ni? Mana cukup barang-barang nak buat? Ketika itulah para pelajar L3 ni tersedar, mereka harus berkongsi dan membentuk satu kumpulan untuk membuat litar selari tersebut. “Hah, barulah cukup barang nak buat. Kita semua kena bekerjasama sekali, barulah boleh buat model litar selari ini!”

Di situlah para pelajar L3 tersedar yang dengan mengamalkan sikap bekerjasama, mereka pasti akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan rintangan yang datang. Bagus juga teknik pembelajaran Abang Aznil ni. Unik tetapi sangat berkesan.

#HanyadiASIQS


  • 0

Tangkap Ikan dan Udang tanpa guna apa apa

Setiap kali bila kita terfikir tentang teknik-teknik dan cara-cara menangkap ikan, pastinya kita semua
akan membayangkan nelayan akan menggunakan jala dan pemancing pula akan menggunakan joran. Tetapi tahukah anda, bukan itu sahaja teknik yang kita boleh gunakan.

Baru-baru ini Abang Aznil dan beberapa orang guru lain telah membawa pelajar-pelajar L4 ASIQS ke sebuah sungai berhampiran untuk mengajar mereka menangkap ikan. Akan tetapi, pada kali ini mereka tidak akan menggunakan joran mahupun jala, sebaliknya Abang Aznil mengajar pelajar-pelajar beliau menangkap ikan menggunakan serpihan biskut dan kain pelikat. Mereka menghamparkan kain pelikat tersebut ke dalam sungai sebelum menaburkan umpan biskut ke atas kain pelikat tersebut.

Banyak sekali ikan dan udang yang telah ditangkap. Setelah selesai sesi pembelajaran, Abang Aznil dan pelajar-pelajarnya melepaskan semula ikan-ikan yang ditangkap tetapi membawa pulang udang untuk diberi makan kepada kura-kura. Pelbagai perkara baru yang pelajar-pelajar ASIQS dapat belajar pada hari tersebut. Jikalau mereka tersesat di dalam hutan atau sebagainya, diharapkan mereka sudah mampu berdikari dan berusaha untuk meneruskan hidup.

#HanyadiASIQS


  • 0

Ammar Firman dan Sedeqah

Amalan bersedekah amat berkait rapat dengan kehidupan seharian seseorang Muslim. Bersedekah juga melambangkan kesyukuran kita atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan menjadi satu peringatan bahawa harta yang dimiliki bukan hanya milik kita seorang sebaliknya dikongsi dengan makhluk-makhluk Tuhan yang lain.

Seperti biasa pada hari Jumaat, pastinya sudah menjadi satu kewajipan sebagai seorang umat Islam untuk
menunaikan solat Jumaat. Namun, gelagat Ammar pasti akan menarik tumpuan Abang Umair setiap kali selesainya solat Jumaat. Menurut Abang Umair, Ammar akan sentiasa berdiri di hadapan tabung masjid bersama rakan-rakannya. Kemudian beliau akan mengeluarkan sejumlah wang dan membahagikan wang tersebut dengan rakan-rakannya. “Ammar ni pasti akan mengajak rakan-rakannya bersedekah sekali dengan wang beliau ada walaupun sedikit”

Sebagai contoh pada minggu lepas, Ammar mengeluarkan 3 keping duit RM1 dan diberikan 2 keping kepada 2 orang rakannya. Kemudian beliau dan rakan-rakannya sama-sama memasukkan duit ke dalam tabung derma Masjid. Sangat mengkagumkan.

Sikap Ammar yang suka bersedekah ini bukanlah satu perkara yang baru dan ianya tidak menghairankan kerana Ammar juga sentiasa bersedekah di ASIQS dengan memberi kuih-muih yang dibuat oleh ibunya kepada para guru di ASIQS. Mungkin juga hasil didikan ibunya dengan mengajar beliau untuk sentiasa bersedekah sehingga ianyasebati dalam jiwa dan kehidupan Ammar.

Bagus sekali Ammar! Teruskan mengamalkan bersedekah kerana ia adalah satu amalan yang murni dan wajib dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.Janganlah kita sesekali takut untuk bersedekah, kerana Allah S.W.T. telah berjanji bahawa setiap sedekah yang kita lakukan, pastinya akan diganti semula berlipat ganda kalinya.

#HanyadiASIQS


  • 0

Fasa Bulan Oreo

Bila sebut tentang biskut Oreo, pastinya majoriti di kalangan kita yang menyukai, kan? kebanyakan resepi
kek, kuih, dan pemanis mulut pada zaman sekarang ni, pastinya akan menjadikan biskut oreo ni sebagai salah satu bahan yang penting dalamnya. Ada juga yang menyukai biskut oreo ni sampaikan milkshake
yang diorder pon berperisa oreo! “Putar, Jilat Dan Celup” adalah kata-kata slogan yang sering diungkapkan oleh penggemar biskut ini.

Baru-baru ini di ASIQS, ada sedikit perubahan dari sudut pembelajaran di dalam kelas F4, apabila Kak Maria menggunakan biskut oreo sebagai bahan ujikaji untuk mengajar anak-anak muridnya mempelajari fasa-fasa bulan.Dengan menggunakan biskut tersebut, pelajar-pelajar cilik menjadi lebih bersemangat kerana majoriti daripada mereka sangat sukakan biskut Oreo.

Menurut Kak Maria, apabila mereka menghilangkan krim untuk menunjukkan fasa bulan yang berbeza, para pelajar kelas F4 menjadi lebih faham fasa-fasa yang terjadi dalam fenomena bulan yang sebenar. Fasa bulan penuh, krimnya masih ada lagi. Jika fasa bulan separuh, krim dalam biskut tersebut juga menjadi separuh. “Nasib baik tiada yang curi-curi makan biskut ni!”kata Kak Maria sambil ketawa kecil.

#HanyadiASIQS