t>

Author Archives: Saiful Anwar Sallah-Hudin

  • 0

Tips Menjadi “Tukang Cerita” yang “Cool” :D

Di ASIQS kami sangat mengalu-alukan kreativiti. Malah seakan sudah menjadi adat di ASIQS untuk Para Guru menguasai kebolehan ini.

Ia bukan sahaja dapat membantu pelajar dalam memahami satu-satu matapelajaran, malah ia juga dapat menjadikan suasana pembelajaran itu lebih santai.

Baiklah, mari kami kongsikan sedikit tips untuk anda. Percaya atau tidak, sebenarnya untuk menjadi seorang “Tukang Cerita” adalah satu hal yang sangat mudah. Ya sangat mudah!! 😀

Apatah lagi jika ia dilakukan dengan rasa tenang. Terkejut bukan? Bagaimana pula menjadi seorang “Tukang cerita” itu begitu mudah?

6cb4223d65ce0c1149f8efec89276407

Berikut ini adalah tips-tipsnya.

  • Pilihlah buku yang boleh menarik perhatian anak anda, seperti buku yang penuh gambar dan berwarna-warni. Sebolehnya, carilah buku dengan jenis kertas yang tebal agar tidak cepat rosak. Setelah melihat desainnya, anda boleh memilih buku dengan cerita yang memiliki pesan moral. Biasanya cerita-cerita rakyat banyak pengajaran ditekankan. Contohnya seperti cerita “Sang Kelembai”, “Pak Pandir”, “Si Kancil” dan lain-lain.

 

  • Sebelum anda bercerita, pastikan anda sudah mengetahui jalan ceritanya agar anda boleh mendalami dan menyampaikan pesannya dengan baik kepada anak anda.

The-Storyteller-Dragons-Featured-11042015

  • Ketika hendak bercerita, mulailah dengan kalimat ‘Pada suatu hari’ atau ‘Pada masa dahulu kala’ atau mulakan dengan pertanyaan kepada anak anda untuk membangkitkan rasa ingin tahunya terhadap cerita yang bakal anda ceritakan nanti.

 

  • Ceritakan dengan penuh ekspresi agar anak anda dapat menjiwai kisah yang anda sampaikan. Susun atur nada suara anda agar bersesuaian dengan dialog yang ada dalam cerita tersebut. Misalnya ketika menemukan karakter anak-anak pada cerita, ubahlah suara anda seperti suara anak kecil. Begitu pula ketika ada karakter jahat, ubahlah suara anda menjadi lebih menyeramkan atau seakan-akan anda benar-benar si penjahat.

story-teller

  • Anda tidak perlu mengikut 100% dialog atau jalan cerita yang anda ceritakan itu. Anda mungkin boleh mengubahnya sedikit mengikut kefahaman anak anda. Gunakan kata-kata anda sendiri yang mudah difahami oleh anak anda.

 

  • Adakan interaksi bersama anak anda seperti adakan sedikit pertanyaan kepada mereka. Inilah kelebihan menjadi seorang Tukang Cerita, anda dan si kecil boleh berkomunikasi secara dua hala. Di tengah-tengah cerita atau di bahagian mana pun, anda boleh bertanya anak anda tentang kelanjutan ceritanya contohnya ketika anda menceritakan kisah “Si Tanggang”, anda boleh bertanya, “Kamu rasa nanti apa akan terjadi pada Si Tanggang?”.Sebolehnya pastikan anda membuat anak anda tidak senang duduk sehingga otak anak anda akan berfikir dan melahirkan pertanyaan-pertanyaan tentang jalan cerita anda itu.

marylou-storyteller1-711x460

  • Anda tidak perlu mengajarnya membaca atau mengenal huruf kerana hal itu boleh mengurangkan kesenangan anak anda selama proses bercerita anda bersamanya itu.Anda perlu pastikan bahawa anda fokus betul-betul masa yang anda luangkan bersama anak anda. Gunakanlah kesempatan anda bersama anak anda sebaiknya.

Sebenarnya menjadi “Tukang Cerita” itu mudah. Luangkan saja 10 hingga 15 minit sehari untuk menceritakan sebuah kisah dongeng atau kisah rakyat atau kisah Para Nabi A.S kepada anak anda.

Ia boleh dilakukan sebelum tidur siang atau sebelum tidur pada malam hari, atau pada bila-bila masa terluang anda bersama si kecil. Yang penting, lakukan dengan senang hati agar anda boleh fokus ketika menyampaikan cerita kepada si kecil kesayangan anda.

 
Selamat mencuba!! 😀


  • 0

10 teknik ringkas meningkatkan kreativiti anak anda.

Di ASIQS kami percaya Kreativiti tidak muncul secara tiba-tiba, tetapi ia perlu dibina secara tahap demi tahap agar ia tumbuh dari pengalaman sehari-hari anak-anak itu sendiri.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana kami melakukannya di ASIQS? Mari kami kongsikan formulanya. Mudah-mudahan ia dapat diaplikasikan oleh anda di sekolah anda ataupun di rumah anda.

 

shutterstock_5550391

1. Jangan memarahi anak anda jika mereka melakukan kesalahan.

Anak yang selalu dimarahi akan merasa takut untuk melakukan kesalahan. Padahal, kreatviti itu memerlukan sikap berani mengambil risiko. Jadi, jangan marahi anak anda jika mereka melakukan kesalahan yang tidak disengajakan. Percayalah tanpa kesalahan, mereka tidak akan pernah belajar.

shutterstock_1428967751

2. Ciptakan suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang.

Suasana keluarga yang kondusif mempengaruhi kreativiti anak. Ciptakan suasana harmonis, nyaman, mengambil berat antara satu sama lain, dan mencintai satu sama lain sehingga anak anda merasakan keberadaannya diakui dan diperlukan di dalam keluarga.

Untuk pengetahuan anda, di ASIQS kami membiasakan anak-anak didik kami dengan memanggil guru-guru dengan panggilan abang dan kakak agar kami dan mereka merasa lebih rapat seperti sebuah keluarga. Dan Ya! Memang kami 1 keluarga. Kami gelar diri kami Warga ASIQS.

kids_self_confidence

3. Tumbuhkan rasa percaya diri (Self Confidence) anak anda.

Rasa percaya diri adalah hal pertama yang harus dimiliki supaya anak anda dapat berfikir dan kreatif. Bila mereka rasa malu-malu dan tidak percaya pada diri, mereka tidak akan berani mengekspresikan diri di luar kebiasaan yang dilihat sehari-hari.

Di ASIQS banyak situasi begini berlaku, antaranya ada seorang anak didik kami memang terkenal dengan sifat tidak percaya dirinya yang tinggi. Hasil daripada dorongan Warga ASIQS, suatu hari ketika kami mengadakan Hari Tilawah beliau telah memberanikan diri untuk membaca surah Al Mulk sehingga habis walaupun beliau menggigil dan menangis selepas habis membaca surah tersebut. Akhirnya beliau dapat mengatasi ketakutannya sendiri.

FB_IMG_1501929912549

4. Beri ruang kepada anak anda untuk melakukan eksplorasi.

Sejak usia beberapa bulan, anak anda sudah dibekalkan oleh Allah S.W.T. dengan rasa ingin tahu yang tinggi. Biarkan mereka terus melakukan eksplorasi terhadap dunia di sekitarnya. Penuhi rasa ingin tahunya bila mereka bertanya kepada ayah atau ibu, atau biasakan mereka mencari jawapan sendiri terlebih dahulu, misalnya melalui pengamatan, membaca buku, internet, dan lain-lain.

ASIQS tidak mengamalkan sistem peperiksaan seperti sekolah-sekolah lain. Di ASIQS kami hanya nilai anak-anak didik kami dengan pelbagai latihan yang bersifat praktikal (berbentuk eksperimen atau permainan) yang mana kami galakkan mereka berfikir dan merasakan sendiri pengalaman mereka dalam satu-satu matapelajaran itu. Penilaian ini dilakukan ketika ia dirasakan perlu iaitu ketika anak-anak didik kami bersedia dengan satu-satu topik yang dibincangkan untuk satu-satu subjek.

Kami juga menggalakkan anak-anak didik kami untuk bertanya. Dan anak-anak didik kami memang suka bertanya bermacam-macam soalan!

shutterstock_116496178

5. Biarkan anak anda berimajinasi.

Luangkan sedikit masa anda untuk membacakan kisah-kisah Para Nabi A.S. atau kisah dongeng rakyat untuk anak anda setiap malam. Ini merupakan salah satu cara melatih imajinasinya. Imajinasi dapat dilatih juga dengan cara memberikan kegiatan seperti menggambarkan watak, mengarang cerita, atau bermain role play. Role play adalah permainan berpura-pura jadi orang lain atau mempraktikkan kegiatan yang biasa dilakukan sehari-hari, misalnya bermain “cikgu-cikgu”, “doktor dan pesakit”, “police & thieve”, main “masak-masak”, dan lain-lain.

Di ASIQS kami punya matapelajaran Quranic Stories yang mana guru-guru akan menceritakan kisah-kisah Para Nabi A.S. atau cerita-cerita rakyat dengan cara yang paling santai sekali. Malah kami galakkan anak didik kami untuk menggambarkan atau melakonkan watak yang diceritakan oleh guru-guru kami.

Percaya ataupun tidak, anak didik kami sudah pandai membuat skrip mereka sendiri seawal umur 8 & 9 tahun!!

 

shutterstock_87502822

6. Lebih banyak memberi saranan (nasihat@idea) daripada larangan.

Anak-anak mahupun orang dewasa pasti tidak suka jika mereka asyik dilarang melakukan sesuatu. Setiap larangan mematikan kreativiti. Sebagai gantinya, berikanlah saranan@idea mengenai apa yang seharusnya mereka lakukan, bukan melarangnya. Namun, dalam keadaan tertentu bila terpaksa kita juga harus tegas melarang (melihat pada situasi yang dirasakan perlu).

shutterstock_128937398

7. Berikan kegiatan yang merangsang kreativiti.


Bermain alat muzik, melukis, membuat kerja tangan serta aktiviti lain seperti drama dapat merangsang kreativiti. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan kesegaran minda agar anak anda tidak jemu dengan kegiatan yang sama setiap hari.

Pada hari-hari tertentu di ASIQS matapelajaran Team Building & Thinking Skill akan menguji minda anak-anak didik kami dengan pelbagai aktiviti yang diluar kotak dan memecahkan fikiran mereka. Ketika itu pasti banyak kejadian-kejadian lucu yang dapat mengembangkan idea dan pemahaman anak-anak didik kami.

shutterstock_147681644

8. Berikan waktu bermain yang cukup.

Bermain adalah sarana yang bagus untuk belajar. Pilih mainan yang sesuai dengan usia anak anda, pastikan setiap permainan dapat dimanfaatkan untuk merangsang perkembangannya. Ketika bermain, anak anda bebas melakukan apa yang wajar mereka lakukan, dan itulah cara yang dapat memberinya kesempatan untuk berfikir secara kreatif.

shutterstock_112361885

9. Cegah “stress” pada anak anda.

Jangan terlalu memaksa anak anda dengan jadual belajar yang ketat. Kasihani anak anda yang tidak memiliki waktu bebas untuk mereka bermain sesuka hatinya. “Stress” dapat mematikan kreativiti. Ia dapat membantutkan perkembangan anak anda untuk berfikir secara kreatif.

ASIQS tidak menekankan “homework” kerana kami percaya tekanan pada anak-anak akan membungkam kreativiti mereka. Kami mahu anak-anak didik kami gembira di sekolah. Sebab itu di ASIQS anak-anak didik kami akan bosan bila tiba hari cuti sekolah kerana mereka seronok berada di sekolah!

shutterstock_58774219

10. Berikan kesempatan pada anak anda untuk berfikir sendiri.

Anak-anak yang selalu diberikan solusi (jawapan) tidak akan terbiasa untuk berfikir sendiri. Mereka tidak akan belajar jika kita kerap memberikan mereka jawapan untuk setiap perkara. Oleh itu, anda perlulah mendidik mereka untuk berfikir bermula dengan hal-hal yang sederhana, biarkan mereka mencari jawapan dan melakukan apa yang menurutnya terbaik. Kita dapat memberikan arahan dan pendapat jika mereka melakukan kesalahan, tetapi biarlah mereka yang memegang kendali.

Itu sahaja perkongsian kami pada hari ini. Selamat mencuba!! 😀


  • 0

10 Metode Mengasah Otak Menjadi Kreatif

10 metode untuk mengasah otak agar menjadi kreatif.


1. Mengkidalkan diri.

Lakukan tugas dengan tangan non-dominan,Jika kita biasa menggunakan tangan kanan maka gunakan tangan kiri dan sebaliknya.

Contohnya saat menggunakan “Handphone”, saat menulis, menggosok gigi, dan mengikat tali kasut dengan arah berlawanan.

Menurut Franklin Institute, jenis latihan ini dapat memperkuatkan hubungan saraf yang ada dan bahkan membentuk saraf yang baru.


2. Membaca.

Membaca juga dapat melenturkan otot-otot otak, baik bacaan yang ringan (seperti komik atau novel) mahupun bacaan yang berbentuk maklumat.

Menurut kajian Dr. Nikolaos Scarmeas pada tahun 2001, membaca dapat membantu membangun ‘cadangan kognitif’ untuk menunda gejala demensia (suatu gejala yang disebabkan oleh kelainan pada otak. Dapat mengakibatkan gangguan berfikir dan hilang ingatan/nyanyuk)


3. Bermain puzzle, teka-teki dan silang kata.

Sudoku, kotak rubik, dan puzzle dapat melatih otak khususnya otak kiri. Cuba tambahkan strategi baru untuk mengefektifkan latihan otak, misalnya memecahkan teka-teki dan silang kata dengan tema yang berbeza dan berlainan.

4. Bermain permainan strategi.

Permainan strategi seperti catur, monopoli atau “games” yang ada pada komputer atau nyata.

Dengan permainan strategi ini dapat menggerakkan otak kanan agar kita dapat berfikir dengan kreatif.


5. Ubah rutin seharian.

Menurut Lawrence Katz, profesor Neurobiologi di Duke University Medical Center, mengubah rutin dan cara-cara hidup baru dapat mengaktifkan “connectivity” otak yang sebelumnya tidak aktif.

Latihan yang boleh dilakukan misalnya, mandi dengan mata tertutup, mengatur atau mengubah susun atur pejabat atau rumah anda.


6. Belajar bahasa asing.

Dengan belajar bahasa asing akan mengaktifkan bahagian otak yang belum digunakan sejak anda belajar bercakap.

Sebuah kajian pada tahun 2007 di York University di Toronto, menemukan bahawa penggunaan beberapa bahasa dapat meningkatkan peredaran darah ke otak untuk menjaga kesihatan saraf.


7. Menikmati muzik.

Selain mendengarkan muzik, kita boleh cuba belajar untuk memainkan instrumen muzik. Ramai pakar mencadangkan supaya kita mengaktifkan dua indera sekaligus, seperti mendengarkan muzik sambil membaca buku atau aktiviti lain.

8. Latihan fizik.

Latihan fizik seperti berolahraga juga dapat meningkatkan kesihatan otak, kerana dapat meningkatkan aliran darah ke otak.

Menurut Stanford Center on Longevity dan The Max Planck Institute for Human Development, latihan fizik dapat meningkatkan perhatian, penalaran dan memori seseorang.


9. Hidup sosial.

Otak dapat dilatih dengan menjalani kehidupan sosial anda, misalnya dengan mengunjungi rakan-rakan sekerja atau sepermainan.

Sebuah kajian pada tahun 2006 oleh Dr David Bennett dari Rush University Medical Center menemukan bahawa memiliki jaringan sosial dapat memberikan perlindungan terhadap gejala penyakit Alzheimer.


10. Mencari hobi baru.

Latih otak anda untuk belajar penampilan baru atau hal-hal yang belum pernah anda lakukan sebelumnya.

Jika anda bukan seniman, cubalah untuk belajar melukis atau memahat. Jika anda pandai bermain piano, belajarlah bermain gitar. Cari sesuatu yang baru dan menarik untuk dapat menjaga otak anda agar tetap aktif.

Selamat mencuba ya..? 😀


  • 0

Kisah Ayah Mendidik Anak

Dr. Arun Gandhi, cucu kepada mendiang Mahatma Gandhi pernah bercerita, pada waktu dia masih remaja beliau pernah berbohong kepada ayahnya (Manilal Gandhi : Anak kedua Mahatma Gandhi).

Kisahnya begini, ketika itu beliau masih remaja, beliau terlambat menjemput ayahnya dengan alasan keretanya belum selesai diperbaiki, sedangkan saat itu keretanya sudah selesai diperbaiki.

Yang sebenarnya beliau sedang asyik menonton wayang sehingga terlupa akan janjinya pada ayahnya.

Tanpa sepengetahuannya, si ayah sudah menelefon bengkel lebih dulu sehingga si ayah tahu bahawa anaknya (Dr. Arun) telah membohonginya. Lalu wajah si ayah tertunduk sedih.

Ketika beliau pulang, si ayah telah menatap wajah Dr. Arun sambil berkata :

“Arun, mungkin dahulu ayah ada melakukan sesuatu yang salah dalam mendidik dan membesarkan kamu, sehingga kamu tidak mempunyai keberanian untuk berbicara jujur kepada ayah. Untuk menghukum kesalahan ayah ini, biarlah ayah pulang dengan berjalan kaki sahaja”

Kata ayahnya sambil merenung di mana letak kesalahannya.

Sejak hari itu Dr. Arun berkata dan bertekad dalam dirinya :

“Sungguh saya begitu menyesali perbuatan saya itu.”

Sejak saat itu seumur hidupnya Dr. Arun berusaha bersungguh-sungguh untuk selalu berkata jujur pada siapapun.

Dr. Arun menambah :-
“Seandainya saat itu ayah menghukum saya, mungkin saya akan menderita atas hukuman itu, dan mungkin hanya terkesan sedikit saja dari menyedari kesalahan saya itu. Tapi dengan tindakan bijak yang dilakukan ayah, meski tanpa kekerasan, ia sangat memiliki kekuatan luar biasa untuk mengubah diri saya sepenuhnya.”


  • 0

Bersabar dalam mendidik


Sabar adalah perkataan yang selalu kita ucapkan dan kita dengar, namun tidak mudah untuk kita amalkan dengan sempurna.

Perbuatan sabar itu sendiri ada Tuhan perintahkan di dalam Al-Quran mahupun hadis Nabi S.A.W.

Kenyataannya ujian demi ujian yang dilalui oleh manusia telah menyebabkan manusia berada pada 1 persimpangan samada untuk memilih sabar atau sebaliknya.

Hakikat yang perlu kita sendiri fahami adalah perbuatan sabar itu seharusnya menjadi sebahagian dari kehidupan kita sehari-hari.

The-Meaning-of-Sabr-Patience-

Selalu saja kita mendengar orang berkata,

“… tapi sabar kan ada batasnya!” atau

“… sampai bila kita harus bersabar…?” dan sebagainya.

Musibah atau ujian yang datang bertubi-tubi kadang-kadang menjadikan kita hilang pertimbangan sehinggakan kita melakukan sesuatu yag akhirnya kita sendiri menyesalinya.

Namun bagaimanakah sifat sabar yang telah diajarkan oleh para Nabi dan Rasul A.S.?

 

Pertama sekali mari kita lihat pada Kesabaran Nabi Nuh A.S.

Nabi Nuh A.S. berdakwah mengajak umatnya ke jalan Allah selama 995 tahun secara rahsia dan terang-terangan, malam dan siang hari, memberikan khabar gembira juga ancaman, akan tetapi Baginda A.S. hanya mendapat bangkangan dan tentangan dari kaumnya, bahkan Baginda A.S. sering  dilecehkan dan diejek.

Walaupun demikian Nabi Nuh A.S. tetap berdakwah dalam waktu tersebut tanpa rasa kesal dan bosan. Setiap hari umatnya akan menentang, tetapi Baginda A.S. tidak berhenti di situ. Apa yang dilakukan oleh Nabi Nuh A.S.? Jawapannya Baginda A.S. mengubah caranya dalam berdakwah. Lihat apa yang Baginda A.S. ajarkan pada kita? Berdakwah@mendidik kita perlu kreatif tidak boleh statik.

NOTE 1 : Mengubah Cara Dalam Berdakwah. Be Creative!!

Bagaimanapun keadaannya, Baginda A.S. selalu mempunyai sifat belas kasihan kepada umatnya yang bersangatan dan takut jika mereka ditimpa azab Allah S.W.T. yang sangat pedih. Baginda A.S. sangat penyantun dan selalu berlapang dada dan sentiasa memberikan contoh tauladan yang terbaik. Kesungguhannya (Nabi Nuh A.S.) telah berada pada puncak tahap kesabaran.

Jadi dalam mendidik kita mesti tahu kawal amarah, kena sentiasa berlapang dada, elakkan dari dipengaruhi emosi negatif ketika kita sedang mendidik. Gunakan emosi positif dalam pengajaran. Biasakan diri untuk selalu tersenyum walau apa jua keadaan. Sematkan dalam hati bahawa anak-anak didik kita itu adalah anak-anak kita sendiri.

 

NOTE 2 : Sifat Belas Kasihan Kepada Umatnya. Love your students!!


Allah S.W.T. sendiri telah mengabadikannya di dalam Al-Quran:

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلا وَنَهَارًافَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلا فِرَارًاوَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًاثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَارًاثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا

“Nuh berkata: “Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan, kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam.”

(QS Nuh: 5 – 9)

Kesabaran Nuh A.S bukan hanya ketika menghadapi kaumnya, bahkan ketika menghadapi keluarganya sendiri. Tahukah kamu? Inilah fitnah dan cubaan yang besar yang hanya dihadapi oleh orang-orang yang bersabar.

Seorang guru@da’i kadang-kadang diberikan ujian dan cubaan dengan sikap anak didiknya, para ibu bapa anak didiknya dan juga masyarakat disekelilingnya. Akan tetapi ketika dia kembali kepada keluarganya, dia pasti akan mendapat ketenangan dan penyejuk hati.

Akan tetapi berbeza dengan Nabi Nuh A.S., Baginda A.S. diberi cubaan dengan sikap kaumnya dan keluarganya sekaligus. Allah S.W.T. berfirman:

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا لِلَّذِينَ كَفَرُوا اِمْرَأَةَ نُوحٍ وَامْرَأَةَ لُوطٍ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَقِيلَ ادْخُلا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ

“Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu mengkhianati kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya); Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka).”

(QS At-Tahrim: 10)

Bukan hanya isterinya yang menjadi musibah dalam keluarga Nuh A.S akan tetapi anaknya juga menolak Islam dan membantah ayahnya sehingga masuk ke dalam golongan kafir. Nuh A.S. berusaha keras menyelamatkan anaknya, akan tetapi harapan tinggal harapan, Allah S.W.T. berfirman:

وَهِيَ تَجْرِي بِهِمْ فِي مَوْجٍ كَالْجِبَالِ وَنَادَى نُوحٌ ابْنَهُ وَكَانَ فِي مَعْزِلٍ يَا بُنَيَّ ارْكَبْ مَعَنَا وَلا تَكُنْ مَعَ الْكَافِرِينَ قَالَ سَآوِي إِلَى جَبَلٍ يَعْصِمُنِي مِنَ الْمَاءِ قَالَ لا عَاصِمَ الْيَوْمَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِلا مَنْ رَحِمَ وَحَالَ بَيْنَهُمَا الْمَوْجُ فَكَانَ مِنَ الْمُغْرَقِينَ

“Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: “Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir. Anaknya menjawab: “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!” Nuh berkata: “Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang”. Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan”

(QS Huud: 42-43)

Nuh A.S. telah diduga dan ternyata Baginda A.S. bersabar, Baginda A.S. berdoa kepada Allah S.W.T. dan mendapat kemenangan. Lalu Allah S.W.T. pun memberikan kebaikan sebagai ganti atas apa yang diambil darinya. Allah S.W.T. menggantikanya dengan memberikan anak cucu yang melanjutkan keturunan.

وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُ هُمُ الْبَاقِينَ

“Dan Kami jadikan anak cucunya orang-orang yang melanjutkan keturunan.”

(QS Ash-Shaffat: 77)

Islamic+Quotes+About+Patience+(1)Peringkat-peringkat Sabar

Sabar banyak diperintahkan dalam Al-Quran, ia meliputi 3 keadaan:

1. Sabar dalam menahan jiwa dalam ketaatan dan sentiasa menjaganya, memupuknya dengan keikhlasan dan menghiasinya dengan keilmuan. Di sini tetap berlaku seperti halnya ibadah yang lain, iaitu perlunya keikhlasan kepada Allah S.W.T. dan perlunya ilmu agar kesabaran kita di atas landasan yang benar.

2. Sabar dengan menahan diri dari segala kemaksiatan dan bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu.

3. Redha dengan qadha dan qadar Allah S.W.T. tanpa mengeluh. Adapun mengeluh dengan mengadukan kepada Allah S.W.T. itu tidak mengapa, seperti ucapan Nabi Ya’qub A.S.

قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ

“Ya’qub menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya.”

(QS Yusuf: 86)

atau Nabi Ayyub A.S.

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

“Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika dia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.”

(QS Al-Anbiyaa’: 83)

Dengan sabar itulah kita akan tahu siapakah yang berada dalam barisan kaum mukminin yang sentiasa berusaha membersihkan jiwa mereka dan sentiasa berwaspada dari orang-orang yang boleh melemahkan barisan mereka.

Cuba kita lihat kisah kemenangan pasukan Thalut melawan Jalut,

“Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, dia berkata: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka ia adalah pengikutku.” Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: “Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya.” Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah berkata: “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”

(QS Al-Baqarah: 249)

Terdapat beberapa tahap kesabaran seperti;

  1. Sabar dalam menghadapi bencana dunia,
  2. Sabar dalam menghadapi hawa nafsu,
  3. Sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah,
  4. Sabar dalam berdakwah,
  5. Sabar dalam kesempitan,
  6. Sabar dalam menghadapi anak-anak & isteri,
  7. Sabar dalam menghadapi saudara seagama dan
  8. Sabar dalam menuntut ilmu.


Sabar mencakup segenap akhlak islam.

Sifat ‘iffah (menjaga kehormatan) adalah sabar dalam menahan syahwat perut dan kemaluan.

Syaja’ah(keberanian) adalah bersabar di medan tempur.

Al-hilm (santun) adalah bersabar dalam menghadapi sikap membalas ketika marah.

Berlapang dada adalah bersabar dalam menghadapi rasa kesal.

Qana’ah adalah bersabar dengan merasa cukup dengan apa yang ada.

Kitman(menjaga rahsia) adalah bersabar dalam menyembunyikan suatu urusan.

Zuhud adalah bersabar dengan meninggalkan kelebihan dalam hidup.

Demikianlah sesungguhnya pohon akhlak Islam itu perlu disulami dengan sifat sabar, kerana itulah ketika Rasulullah S.A.W. ditanya tentang iman, Baginda S.A.W. menjawab, “Toleransi dan kesabaran.”

patience-quotes
Sabar juga memiliki beberapa syarat:

1. Ikhlas

2. Tidak mengeluh

3. Sabar ketika terjadi musibah dan inilah sabar yang terpuji lagi berpahala.

Anas bin Malik R.A. berkata: “Nabi S.A.W. melewati seorang wanita yang sedang menangis di sisi sebuah kubur. Baginda S.A.W. pun berkata: “Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah.” Wanita itu menjawab dalam keadaan ia belum mengenali siapa yang menasihatinya: “Biarkan aku karena engkau tidak ditimpa musibah seperti musibahku” Selanjutnya dikhabarkan kepadanya, “Yang menasihatimu adalah Nabi S.A.W.” Wanita itu terkejut dan bergegas mendatangi Nabi S.A.W. dan tidak didapatkannya penjaga pintu di sisi Nabi S.A.W. lalu dia berkata, “Wahai Rasulullah aku tadi tidak mengenalimu.” Nabi S.A.W. bersabda: “Hanyalah kesabaran itu pada goncangan yang pertama.”

(HR. al-Bukhari III/148, al-Fath dan Muslim VI/277-288 an-Nawawi)

Semoga Allah S.W.T. selalu menolong kita untuk selalu bersabar dalam setiap keadaan dan meneruskan misi dalam berdakwah dan mendidik untuk menjadikan generasi akan datang Celik ilmu. InsyaALLAH..Amin.. 🙂