t>

Monthly Archives: May 2015

  • 0

Wakil Taekwondo ASIQS 2015

1 Mei 2015 (Jumaat)-Dua pelajar Taekwondo Asiqs (Ash Shura Institute of Quranic Sciences) telah dipilih untuk pertandingan Taekwondo peringkat kebangsaan yang berlangsung dengan di dewan awam Dengkil baru-baru ini. Pendedahan pertama kali membuahkan hasil apabila apabila salah seorang wakil pelajar Asiqs, Ahmad Hazim (Level 4) telah memenangi pingat perak acara bawah 15 tahun. Manakala semangat seorang lagi pelajar Syad Ajmal Barakbah telah membawa beliau melangkah ke pusingan semi final bagi kategori bawah 14 tahun. Semangat dan usaha akan diteruskan bagi melengkapkan pelajar-pelajar ini dengan seni mempertahankan diri.

Syabas & tahniah diucapkan kepada pasukan Taekwondo ASIQS di bawah pimpinan Sir Syed.

 

 


  • 0

Sukaneka ASIQS 2015

Tags : 


16 Mei 2015 (Sabtu)-Sukaneka Asiqs (Ash Shura Institute of Quranic Sciences) telah berlangsung dengan jayanya di padang awam MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) Seksyen 8 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari diiringi dengan tepukan dan sorakan.

Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan (Hijau, Biru, Merah, Kuning), diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Mudir sekolah, Ustaz Idris Hussein Al Hafiz. Acara dirasmikan dengan simbolik “bunting” pertama Sukaneka dibuka. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Guru. Pelbagai acara kejohanan, seperti larian 100m bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 16 tahun, telah diadakan. Acara kejohanan diakhiri dengan acara tarik tali.

Secara keseluruhannya, Rumah kuning telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Hijau. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Merah diikuti Rumah Biru tempat ke-4. Bagi acara perbarisan, Rumah Hijau berjaya dianugerahkan tempat pertama manakala Rumah Kuning memenangi khemah terbaik. Rumah Kuning turut berjaya memperolehi tempat pertama dalam acara tarik tali, diikuti dengan Rumah Hijau yang meraih tempat kedua dan Rumah Merah sebagai pemenang tempat ketiga.