t>

Monthly Archives: June 2015

  • 2

Program Ramadhan Pencetus Inspirasi bersama Prof.Muhd Kamil

     Bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadhan Al Mubarak 1436H, ASIQS akan menganjurkan program RAMADHAN PENCETUS INSPIRASI. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan Nuzul Quran pada tahun ini. Melalui program ini, pihak kami berharap akan dapat memberi suntikan motivasi kepada pelajar-pelajar ASIQS dan juga ibu bapa untuk terus memberi fokus kepada hala tuju hidup sebagai insan yang diredhai Allah.

        Penceramah jemputan untuk program kali ini ialah Prof Muhd Kamil Ibrahim yang merupakan penulis buku Travelog Haji. Mengubah Sempadan Iman . Beliau akan mengupas buku yang bertajuk Hadiah Buat Anak .

         Berdasarkan statistik, kesemua buku-buku Muhd. Kamil yang diterbitkan oleh PTS terjual melebihi 109,000 naskhak. Sedikit profil Prof Muhd. Kamil, sejak berhijrah ke Madinah, beliau berjaya menyiapkan karya pertamanya di bumi yang menyimpan jasad insan teragung, Nabi Muhammad SAW iaitu Bersyukur Saat Diuji, sebuah naskhah istimewa untuk menyuntik jiwa menjadi insan yang lebih tahu mensyukuri segala nikmat kurniaan Ilahi.

        Bagi Wan Mohd. Ghazali Wan Sulaiman, seorang usahawan dari Shah Alam pula menyatakan: “Membaca karya Profesor Muhd. Kamil membawa saya sehingga ke noktah terakhir. Seperti ada sesuatu memanggil-manggil saya meneruskan pembacaan sehingga tamat”. “Buku ini saya kelaskan sebagai buku agama moden yang berjaya mengubah landskap penyampaian ilmu. Bagi saya kunci kekuatan karya-karya MKI ialah ketulusan dan keikhlasan beliau yang mahu menyampaikan ilmu semata-mata kerana Allah. Ia sangat terasa.”

            Atucara program adalah seperti berikut:

Tarikh         :       26 Jun 2015

Hari              :       Jumaat

Tempat       :       Vila ASIQS

 

7.00        pm         :               Kedatangan ibu bapa dan tetamu

7.25        pm         :               Berbuka puasa

Solat Maghrib

Makan Malam (potluck)

8.35        pm         :               Solat Isya’

8.50        pm         :               Ceramah oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim

Tajuk : HADIAH BUAT ANAK (judul buku)

9.50        pm         :               Solat Tarawih dan Witir

10.20     pm         :               Moreh dan bersurai

 

Insyaallah, sekiranya ada permintaan daripada pelajar atau ibu bapa untuk membeli buku tersebut, pihak ASIQS akan cuba mendapatkannya. ( Harga Buku : RM 22.00)

Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat-amat kami hargai.