t>

Monthly Archives: July 2015

  • 2

Lets Sedeqah 2015 mencetuskan Inspirasi Ramadhan.

Assalamualaikum w.b.t,

4 Julai 2015(Sabtu)-Alhamdulilah program Lets Sedeqah 2015 bersempena “Ramadhan Pencetus Inspirasi” telah mencapai objektifnya & berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Program yang bermula seawal 7:30 pagi di Villa Asiqs, Seksyen 8 telah mendapat sokongan padu daripada golongan guru, ibu bapa dan juga pelajar-pelajar.Sebanyak 10 kenderaan telah membawa sejumlah sumbangan seperti keperluan harian, keperluan alat-alat tulis, pakaian terpakai dan baharu yang telah disumbangkan sepenuhnya oleh golongan ibu bapa, guru-guru, pihak individu.

Perancangan dalam masa yang singkat dan membawa objektif musim pertama iaitu membantu golongan yang kurang berkemampuan dan memperluaskan rezeki Allah di mana sahaja membuahkan hasil. Kali ini, kami telah memilih golongan anak-anak yatim Muslim Myanmar & Rohingya  di Maahad Tahfiz Imam Bukhari & Madrasah Hashimiah, Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur.

Terpancar kegembiraan anak-anak kecil ini sewaktu aktiviti diadakan serta pemberian sumbangan. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha kita semua. Mohon maaf jika ada salah silap.

Terima kasih kepada yang terlibat daripada mula perancangan, persiapan dan hari kejadian.

Pengarah Projek Lets Sedeqah:

Mohammad Ali Habib Ahmad Omar

(Public Relations & Event Management)

 


  • 0

Lets Sedeqah bersama golongan Rohingya & Muslim Myanmar

Assalamualaikum w.b.t

Dengan ini, sukacita dimaklumkan sempena “Ramadhan Pencetus Inspirasi”, ASIQS akan menganjurkan program LETS SEDEQAH buat kali kedua pada :

Tarikh : 4 Julai 2015

Tempat : Madrasah Hashimiah (Tahfiz Golongan Muslim Myanmar & Rohingya di Kompleks Pasar Borong & Maahad Tahfiz Imam Bukhari (Taman Samudera Batu Caves).

Masa : 7:30 pagi-3:30 petang

Aktiviti : Aktiviti bersama mereka, alunan zikir & bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar-pelajar Madrasah.

Sumbangan yang dialu-alukan adalah seperti berikut:

1) Wang tunai

2) Keperluan harian ( minyak masak, gula, garam, milo, susu, tepung dll)

3) Keperluan sekolah ( alat tulis, buku kosong, beg sekolah, botol air, bekas pensil, dll)

4) Pakaian baru & terpakai (lelaki atau perempuan yang berumur 6-17 tahun)

 

Besarlah harapan kami bersama-sama meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik di bulan yang mulia ini.

Kerjasama & bantuan didahului dengan jutaan terima kasih.

Segala bantuan selewat-lewatnya pada 3 Julai 2015 (Jumaat)

Segala sumbangan boleh diserahkan di Villa Asiqs atau terus hubungan kami.

Admin1926651_1608773569381556_8188446545188747058_n 11050247_1608776012714645_6254278563005168288_n ru_01.2