t>

Monthly Archives: September 2015

  • 0

Merdeka #SehatiSejiwa ASIQS 2015

28 Ogos 2015 (Jumaat) – Ash Shura Institute of Quranic Sciences (ASIQS) telah menyambut Hari Kemerdekaan dengan begitu hebat dan semangat yang hadir pada hari tersebut bagaikan wira pejuang bangsa. Dihadiri oleh pelajar-pelajar ASIQS level dan foundation, dengan persiapan yang rapi oleh guru-guru yang begitu semangat, persembahan yang hebat, okjektif #SehatiSejiwa dapat disalurkan. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah sesi bercerita tentang tokoh-tokoh Kemerdekaan oleh pelajar-pelajar level 3 siap mengenakan pakaian mengikut tema pejuang tokoh yang diceritakan,persembahan teater oleh pelajar-pelajar Foundation, dan kawat kaki oleh pelajar-pelajar level 2. Tidak ketinggalan nyanyian oleh pelajar-pelajar Level 4.

Semoga semarak merdeka terus bersemadi di jiwa anak-anak kita.

Mohammad Ali bin Habib Ahmad Omar

(PR & Event Management Executive)

[metaslider id=663]

 


  • 0

Festival Buku & Kanak-Kanak 2015

3 September 2015 (Khamis)-Pada 20- 23 0g0s 2015, Ash Shura Institute of Quranic Science telah menyertai Festival Buku & Kanak-Kanak 2015 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Shah Alam. Bertempat di SACC (Shah Alam Convention Centre), Alhamdulilah objektif utama menyertai festival ini dapat disampaikan dengan jayanya. Objektif utama yang ingin dihebahkan adalah kempen #FahamQuran. Kempen kesedaran untuk tujuan sosial masyarakat di mana pihak sekolah ingin memberi pengenalan bahawa untuk memahami Al-Quran tidak perlu anda untuk menjadi tahfiz, atau yang fasih berbahasa Arab. Namun, walaupun apa pekerjaan atau latar belakang akademik, nilai untuk memahami Al-Quran boleh difahami dengan mudah.

Acara ini berlangsung selama 3 hari dan pelbagai aktiviti yang sempat dikongsi. Antaranya Acara bersama anak-anak Asiqs pada Ahad pagi. Pelbagai aktiviti menarik seperti kelas hafazan yang interaktif, treasure hunt berdasarkan ayat dalam Al-Quran dan sesi bercerita. Pada petang pula, acara yang dinanti-nanti iaitu program bersama Abang Ashraf iaitu Ilustrasi Panduan Memahami Al-Quran.

Semoga acara ini menjadi titik tolak perjuangan generasi yang memahami dan mengenali Al-Quran.

Terima kasih atas sokongan yang berterusan daripada pelajar-pelajar Asiqs (business studies), guru-guru, ibu bapa dan pengunjung yang hadir.

 

Mohammad Ali bin Habib Ahmad Omar

(PR & Event Management Executive)

[metaslider id=661]