t>

Daily Archives: July 24, 2017

  • 0

Di ASIQS kami berbeza! :)

Di ASIQS kami percaya dalam mendakwahkan Islam, metode yang Rasulullah S.A.W. gunakan sangat berbeza iaitu dengan kaedah lemah lembut dan tidak keras.

Sedarkah kita bahawa pendekatan yang Rasulullah S.A.W.  gunakan telah berupaya membangkitkan harapan bagi hati-hati yang merindukan kebenaran.

Formula Rasulullah S.A.W. sangat mudah iaitu menghindari penggunaan ancaman.

Rasulullah S.A.W. pernah menasihatkan sahabatnya yang ingin mendakwahkan Islam, nasihat Rasulullah S.A.W. itu berbunyi begini :-

“Tunjukkanlah sikap yang menyenangkan dan jangan bersikap keras. Katakanlah sesuatu dengan kata-kata yang menyenangkan hati dan jauhilah kata-kata yang boleh membuat orang membencimu”

Menurut Carl R. Rogers, pembelajaran itu mudah dilakukan dan hasilnya dapat disimpan dengan baik apabila berlangsung dalam lingkungan yang bebas ancaman.

Tanpa ancaman proses pembelajaran akan berjalan dengan lancar manakala murid dapat menguji kemampuannya, dapat mencuba pengalaman-pengalaman baru atau membuat kesalahan-kesalahan tanpa mendapat kecaman yang biasanya menyinggung perasaan mereka.

Menurutnya lagi tujuan para pendidik ialah membantu anak didiknya mengembangkan kemampuan@potensi dirinya, iaitu membantu individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantunya dalam mewujudkan@mengembangkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka.

Pembelajaran yang sebenar adalah pembelajaran yang mengedepankan bagaimana memanusiakan manusia itu sendiri dan bagaimana manusia itu mampu mengembangkan potensi dirinya.

Oleh kerana itu seorang pendidik hendaklah :-

(1) Membantu mencipta iklim kelas yang kondusif agar anak didiknya mempunyai sikap positif terhadap pelajarannya.

(2) Membantu anak didiknya untuk memperjelas tujuan dirinya belajar dan memberikan kebebasan kepada anak didiknya untuk belajar.

(3) Membantu anak didiknya untuk memanfaatkan dorongan dan cita-cita mereka sebagai kekuatan dan pendorong mereka untuk belajar.

(4) Menyediakan pelbagai sumber belajar kepada anak didiknya.

(5) Menerima pertanyaan dan pendapat, serta perasaan ingin tahu tentang sesuatu matapelajaran@topik yang diutarakan oleh anak didiknya.

Dengan cara ini, potensi manusia itu dapat dikeluarkan dengan maksimum dan dapat melahirkan insan yang celik ilmu.

Seperti yang pernah dikatakan oleh Saidina Ali K.W.J.

“Ilmu itu lebih baik daripada harta, ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu akan berkurang jika dibelanjakan tetapi ilmu akan bertambah jika diamalkan.”