Daily Archives: August 3, 2017

  • 0
Creativity-brain1

10 Metode Mengasah Otak Menjadi Kreatif

10 metode untuk mengasah otak agar menjadi kreatif.


1. Mengkidalkan diri.

Lakukan tugas dengan tangan non-dominan,Jika kita biasa menggunakan tangan kanan maka gunakan tangan kiri dan sebaliknya.

Contohnya saat menggunakan “Handphone”, saat menulis, menggosok gigi, dan mengikat tali kasut dengan arah berlawanan.

Menurut Franklin Institute, jenis latihan ini dapat memperkuatkan hubungan saraf yang ada dan bahkan membentuk saraf yang baru.


2. Membaca.

Membaca juga dapat melenturkan otot-otot otak, baik bacaan yang ringan (seperti komik atau novel) mahupun bacaan yang berbentuk maklumat.

Menurut kajian Dr. Nikolaos Scarmeas pada tahun 2001, membaca dapat membantu membangun ‘cadangan kognitif’ untuk menunda gejala demensia (suatu gejala yang disebabkan oleh kelainan pada otak. Dapat mengakibatkan gangguan berfikir dan hilang ingatan/nyanyuk)


3. Bermain puzzle, teka-teki dan silang kata.

Sudoku, kotak rubik, dan puzzle dapat melatih otak khususnya otak kiri. Cuba tambahkan strategi baru untuk mengefektifkan latihan otak, misalnya memecahkan teka-teki dan silang kata dengan tema yang berbeza dan berlainan.

4. Bermain permainan strategi.

Permainan strategi seperti catur, monopoli atau “games” yang ada pada komputer atau nyata.

Dengan permainan strategi ini dapat menggerakkan otak kanan agar kita dapat berfikir dengan kreatif.


5. Ubah rutin seharian.

Menurut Lawrence Katz, profesor Neurobiologi di Duke University Medical Center, mengubah rutin dan cara-cara hidup baru dapat mengaktifkan “connectivity” otak yang sebelumnya tidak aktif.

Latihan yang boleh dilakukan misalnya, mandi dengan mata tertutup, mengatur atau mengubah susun atur pejabat atau rumah anda.


6. Belajar bahasa asing.

Dengan belajar bahasa asing akan mengaktifkan bahagian otak yang belum digunakan sejak anda belajar bercakap.

Sebuah kajian pada tahun 2007 di York University di Toronto, menemukan bahawa penggunaan beberapa bahasa dapat meningkatkan peredaran darah ke otak untuk menjaga kesihatan saraf.


7. Menikmati muzik.

Selain mendengarkan muzik, kita boleh cuba belajar untuk memainkan instrumen muzik. Ramai pakar mencadangkan supaya kita mengaktifkan dua indera sekaligus, seperti mendengarkan muzik sambil membaca buku atau aktiviti lain.

8. Latihan fizik.

Latihan fizik seperti berolahraga juga dapat meningkatkan kesihatan otak, kerana dapat meningkatkan aliran darah ke otak.

Menurut Stanford Center on Longevity dan The Max Planck Institute for Human Development, latihan fizik dapat meningkatkan perhatian, penalaran dan memori seseorang.


9. Hidup sosial.

Otak dapat dilatih dengan menjalani kehidupan sosial anda, misalnya dengan mengunjungi rakan-rakan sekerja atau sepermainan.

Sebuah kajian pada tahun 2006 oleh Dr David Bennett dari Rush University Medical Center menemukan bahawa memiliki jaringan sosial dapat memberikan perlindungan terhadap gejala penyakit Alzheimer.


10. Mencari hobi baru.

Latih otak anda untuk belajar penampilan baru atau hal-hal yang belum pernah anda lakukan sebelumnya.

Jika anda bukan seniman, cubalah untuk belajar melukis atau memahat. Jika anda pandai bermain piano, belajarlah bermain gitar. Cari sesuatu yang baru dan menarik untuk dapat menjaga otak anda agar tetap aktif.

Selamat mencuba ya..? 😀