t>

Daily Archives: August 5, 2017

  • 0

10 teknik ringkas meningkatkan kreativiti anak anda.

Di ASIQS kami percaya Kreativiti tidak muncul secara tiba-tiba, tetapi ia perlu dibina secara tahap demi tahap agar ia tumbuh dari pengalaman sehari-hari anak-anak itu sendiri.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana kami melakukannya di ASIQS? Mari kami kongsikan formulanya. Mudah-mudahan ia dapat diaplikasikan oleh anda di sekolah anda ataupun di rumah anda.

 

shutterstock_5550391

1. Jangan memarahi anak anda jika mereka melakukan kesalahan.

Anak yang selalu dimarahi akan merasa takut untuk melakukan kesalahan. Padahal, kreatviti itu memerlukan sikap berani mengambil risiko. Jadi, jangan marahi anak anda jika mereka melakukan kesalahan yang tidak disengajakan. Percayalah tanpa kesalahan, mereka tidak akan pernah belajar.

shutterstock_1428967751

2. Ciptakan suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang.

Suasana keluarga yang kondusif mempengaruhi kreativiti anak. Ciptakan suasana harmonis, nyaman, mengambil berat antara satu sama lain, dan mencintai satu sama lain sehingga anak anda merasakan keberadaannya diakui dan diperlukan di dalam keluarga.

Untuk pengetahuan anda, di ASIQS kami membiasakan anak-anak didik kami dengan memanggil guru-guru dengan panggilan abang dan kakak agar kami dan mereka merasa lebih rapat seperti sebuah keluarga. Dan Ya! Memang kami 1 keluarga. Kami gelar diri kami Warga ASIQS.

kids_self_confidence

3. Tumbuhkan rasa percaya diri (Self Confidence) anak anda.

Rasa percaya diri adalah hal pertama yang harus dimiliki supaya anak anda dapat berfikir dan kreatif. Bila mereka rasa malu-malu dan tidak percaya pada diri, mereka tidak akan berani mengekspresikan diri di luar kebiasaan yang dilihat sehari-hari.

Di ASIQS banyak situasi begini berlaku, antaranya ada seorang anak didik kami memang terkenal dengan sifat tidak percaya dirinya yang tinggi. Hasil daripada dorongan Warga ASIQS, suatu hari ketika kami mengadakan Hari Tilawah beliau telah memberanikan diri untuk membaca surah Al Mulk sehingga habis walaupun beliau menggigil dan menangis selepas habis membaca surah tersebut. Akhirnya beliau dapat mengatasi ketakutannya sendiri.

FB_IMG_1501929912549

4. Beri ruang kepada anak anda untuk melakukan eksplorasi.

Sejak usia beberapa bulan, anak anda sudah dibekalkan oleh Allah S.W.T. dengan rasa ingin tahu yang tinggi. Biarkan mereka terus melakukan eksplorasi terhadap dunia di sekitarnya. Penuhi rasa ingin tahunya bila mereka bertanya kepada ayah atau ibu, atau biasakan mereka mencari jawapan sendiri terlebih dahulu, misalnya melalui pengamatan, membaca buku, internet, dan lain-lain.

ASIQS tidak mengamalkan sistem peperiksaan seperti sekolah-sekolah lain. Di ASIQS kami hanya nilai anak-anak didik kami dengan pelbagai latihan yang bersifat praktikal (berbentuk eksperimen atau permainan) yang mana kami galakkan mereka berfikir dan merasakan sendiri pengalaman mereka dalam satu-satu matapelajaran itu. Penilaian ini dilakukan ketika ia dirasakan perlu iaitu ketika anak-anak didik kami bersedia dengan satu-satu topik yang dibincangkan untuk satu-satu subjek.

Kami juga menggalakkan anak-anak didik kami untuk bertanya. Dan anak-anak didik kami memang suka bertanya bermacam-macam soalan!

shutterstock_116496178

5. Biarkan anak anda berimajinasi.

Luangkan sedikit masa anda untuk membacakan kisah-kisah Para Nabi A.S. atau kisah dongeng rakyat untuk anak anda setiap malam. Ini merupakan salah satu cara melatih imajinasinya. Imajinasi dapat dilatih juga dengan cara memberikan kegiatan seperti menggambarkan watak, mengarang cerita, atau bermain role play. Role play adalah permainan berpura-pura jadi orang lain atau mempraktikkan kegiatan yang biasa dilakukan sehari-hari, misalnya bermain “cikgu-cikgu”, “doktor dan pesakit”, “police & thieve”, main “masak-masak”, dan lain-lain.

Di ASIQS kami punya matapelajaran Quranic Stories yang mana guru-guru akan menceritakan kisah-kisah Para Nabi A.S. atau cerita-cerita rakyat dengan cara yang paling santai sekali. Malah kami galakkan anak didik kami untuk menggambarkan atau melakonkan watak yang diceritakan oleh guru-guru kami.

Percaya ataupun tidak, anak didik kami sudah pandai membuat skrip mereka sendiri seawal umur 8 & 9 tahun!!

 

shutterstock_87502822

6. Lebih banyak memberi saranan (nasihat@idea) daripada larangan.

Anak-anak mahupun orang dewasa pasti tidak suka jika mereka asyik dilarang melakukan sesuatu. Setiap larangan mematikan kreativiti. Sebagai gantinya, berikanlah saranan@idea mengenai apa yang seharusnya mereka lakukan, bukan melarangnya. Namun, dalam keadaan tertentu bila terpaksa kita juga harus tegas melarang (melihat pada situasi yang dirasakan perlu).

shutterstock_128937398

7. Berikan kegiatan yang merangsang kreativiti.


Bermain alat muzik, melukis, membuat kerja tangan serta aktiviti lain seperti drama dapat merangsang kreativiti. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan kesegaran minda agar anak anda tidak jemu dengan kegiatan yang sama setiap hari.

Pada hari-hari tertentu di ASIQS matapelajaran Team Building & Thinking Skill akan menguji minda anak-anak didik kami dengan pelbagai aktiviti yang diluar kotak dan memecahkan fikiran mereka. Ketika itu pasti banyak kejadian-kejadian lucu yang dapat mengembangkan idea dan pemahaman anak-anak didik kami.

shutterstock_147681644

8. Berikan waktu bermain yang cukup.

Bermain adalah sarana yang bagus untuk belajar. Pilih mainan yang sesuai dengan usia anak anda, pastikan setiap permainan dapat dimanfaatkan untuk merangsang perkembangannya. Ketika bermain, anak anda bebas melakukan apa yang wajar mereka lakukan, dan itulah cara yang dapat memberinya kesempatan untuk berfikir secara kreatif.

shutterstock_112361885

9. Cegah “stress” pada anak anda.

Jangan terlalu memaksa anak anda dengan jadual belajar yang ketat. Kasihani anak anda yang tidak memiliki waktu bebas untuk mereka bermain sesuka hatinya. “Stress” dapat mematikan kreativiti. Ia dapat membantutkan perkembangan anak anda untuk berfikir secara kreatif.

ASIQS tidak menekankan “homework” kerana kami percaya tekanan pada anak-anak akan membungkam kreativiti mereka. Kami mahu anak-anak didik kami gembira di sekolah. Sebab itu di ASIQS anak-anak didik kami akan bosan bila tiba hari cuti sekolah kerana mereka seronok berada di sekolah!

shutterstock_58774219

10. Berikan kesempatan pada anak anda untuk berfikir sendiri.

Anak-anak yang selalu diberikan solusi (jawapan) tidak akan terbiasa untuk berfikir sendiri. Mereka tidak akan belajar jika kita kerap memberikan mereka jawapan untuk setiap perkara. Oleh itu, anda perlulah mendidik mereka untuk berfikir bermula dengan hal-hal yang sederhana, biarkan mereka mencari jawapan dan melakukan apa yang menurutnya terbaik. Kita dapat memberikan arahan dan pendapat jika mereka melakukan kesalahan, tetapi biarlah mereka yang memegang kendali.

Itu sahaja perkongsian kami pada hari ini. Selamat mencuba!! 😀