t>

Monthly Archives: July 2019

  • 0

Temuramah Bekas Pelajar

“Ibarat Sireh Pulang Ke Gagang” Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan untuk Ahmad Hazim, seorang bekas pelajar ASIQS setelah beliau ditemuramah baru-baru ini. Menuntut di ASIQS dari 2012 sehingga 2017, Hazim, kini berusia 20 tahun, adalah seorang pelajar di MSU dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik. Walaupun beliau sibuk kini dengan pembelajaran di MSU, namun Hazim sentiasa meluangkan masa untuk kembali berkhidmat sebagai salah seorang pembantu tenaga pengajar di ASIQS.

Menurut Hazim, terdapat pelbagai perkara yang unik dan menarik sepanjang pembelajaran beliau di ASIQS sehingga membuatkan beliau seronok untuk selalu datang kembali dan berkhidmat secara sambilan di ASIQS. Cara pengajaran dan keadaan sekeliling yang sentiasa ceria membuatkan Hazim seronok dan terkenang akan sesi pembelajarannya suatu ketika dahulu. Hazim juga menyatakan bahawa para pengajar ASIQS akan sentiasa mencari jalan penyelesaian apabila seseorang pelajar mengalami kesukaran dan jarang menghukum kerana bagi pendapat mereka, hukuman itu hanya akan memburukkan lagi keadaan pelajar tersebut.

“Wajib untuk tidak menjadi normal apabila berada di ASIQS” kata Hazim sambil bergelak ketawa. Ini adalah kerana antara aspek pengajaran dan pembelajaran di ASIQS yang menggalakkan para pelajarnya untuk banyak bertanya tanpa perlu berasa segan silu dengan semua pihak. “Banyak bertanya boleh menjadi punca ilmu” tambahnya lagi. Hazim juga menyatakan bahawa para pengajar boleh diibaratkan sebagai lilin yang membakar dirinya kerana mereka lebih mementingkan hasil didikan akan dapat membentuk sifat dan akhlak yang terpuji di kalangan pelajar mereka.

Begitulah keadaan pembelajaran di ASIQS, yang sentiasa membuatkan bekas-bekas pelajar sentiasa terkenang dan teringat akan segala perkara yang mereka lalui di sana.

#hanyadiASIQS


  • 0

Masak Telur Dengan Lumpur

“Hebat! Saya tidak pernah terfikir langsung yang telur boleh dimasak tanpa menggunakan dapur dan air!”

Itulah yang diungkapkan oleh pelajar L6 ASIQS, Haikal apabila beliau diajar untuk merebus telur dengan menggunakan lumpur. Baru-baru ini, pelajar-pelajar ASIQS menyertai satu aktiviti untuk merebus telur tanpa menggunakan sebarang peralatan elektronik atau dapur gas. Walaupun terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan, tetapi cikgu-cikgu di ASIQS menggunakan lumpur sebagai salah satu alternatif untuk merebus telur.

Proses merebus telur menggunakan lumpur adalah amat senang untuk diajar dan dipraktikkan. Para pelajar hanya perlu mengambil sebiji telur yang mentah, kemudian telur tersebut disalut dengan lumpur. Setelah 5 hingga 10 minit dibakar, telur rebus tersebut akan siap dimasak dan sedia untuk dimakan. Yum, sedapnya bila dibuat dengan cara ini!

Kami sebagai tenaga pengajar di ASIQS, yakin bahawa pengaplikasian pengajaran fizik seperti teori pengaliran haba atau konduksi haba dapat diterapkan dalam kehidupan seharian, agar pelajar-pelajar kami seperti Haikal dapat menggunakannya apabila dalam keadaan kecemasan. Mungkin juga dapur di rumah kehabisan gas atau tiada elektrik, tetapi teringin nak makan telur rebus, boleh juga masa menggunakan lumpur, kan? Tahniah kami ucapkan kepada semua pihak dan pelajar yang terlibat!


  • 0

Prihatin dan Amanah

Pegang pada amanah, keprihatinan dan perasaan bertanggungjawab. Itulah antara sikap yang mulia dan budi pekerti yang ditunjukkan oleh salah seorang pelajar L3 ASIQS, Iman, 12 tahun, apabila beliau menyertai Jungle Trekking secara berkumpulan baru-baru ini.

Tenaga pengajar ASIQS telah menganjurkan sebuah kem untuk para pelajar menceburi aktiviti-aktiviti lasak di hutan seperti Jungle Trekking dan sebagainya. Semasa aktiviti Jungle Treking dijalankan, Iman ternampak Dean, seorang pelajar L1 yang bertubuh badan kecil, tetapi sedang memikul sebuah beg yang besar. Dengan sifat keprihatinan dalam diri Iman, beliau menawarkan bantuan untuk membawakan beg Dean.

Sepanjang perjalanan pulang ke kem, tanpa mengeluh dan merasa ragu-ragu, Iman pikulkan juga beg besar Dean, walaupun beliau sendiri pun berasa letih. Ketika hampir sampai ke destinasi, kaki Iman mengalami kekejangan. Cikgu-cikgu ASIQS menolong Iman dengan mengurut kaki beliau dan juga menawarkan untuk bawakan beg Dean, tetapi atas dasar sifat bertanggungjawab dan pegang pada amanah, Iman tidak mahu melepaskan beg Dean dan ingin membawa sehingga sampai ke destinasi. Hebat sungguh sifat keperibadian yang ditunjukkan oleh Iman.

Di ASIQS, kami sentiasa ketengahkan dan mengajar pelajar-pelajar kami sifat-sifat yang mulia dan perkerti agar dapat diterapkan ke semua lapisan masyarakat. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Iman! Kami yakin dan percaya kepada beliau agar terus dapat dijadikan contoh untuk masa akan datang!

#hanyadiASIQS


  • 0

Membuat Fossil Purba

Pernahkah anda semua menonton filem atau dokumentari pasal fosil? Kita lihat para saintis menggali fosil dari dalam tanah untuk dikaji dan mendapatkan maklumat daripada fosil tersebut. Seronok benar apabila tengok bermacam-macam jenis rupa dan bentuk fosil-fosil tersebut.

Baru-baru ini dalam Kelas Kimia di ASIQS, para pelajar Level 2 telah diajar satu tajuk yang menarik bertajuk “Types of Rock”. Dalam kelas tersebut, para pelajar dikehendaki membawa bahan-bahan harian seperti tepung, air dan lain-lain. Nampak seperti bahan-bahan untuk memasak tetapi sebenarnya untuk menghasilkan fosil buatan sendiri. Terpulang kepada kreativiti dan kepakaran masing-masing, para pelajar menggunakan pelbagai barang persendirian dan juga mainan seperti dinosaur, piala dan lain-lain untuk bahan fosil. Banyak fosil dengan bentuk yang menarik telah berjaya dihasilkan. Wow! Tahniah kami ucapkan!!

Bagi kami, pembelajaran yang berkesan ialah apabila pemahaman teori dan aplikasi praktikal dapat digabungkan secara fizikal. Dengan cara ini, Insya-Allah kami akan dapatkan lahirkan golongan ilmuwan daripada ASIQS.

#hanyadiASIQS


  • 0

Sesi Bermain Bola Tampar

Anda semua suka bersukan? Seronok betul bila bersukan ni. Kita dapat keluarkan peluh, badan pun rasa sihat. Sukan dan permainan ni pun ada macam-macam jenis dan peraturan yang disediakan. Mesti kita hendak cuba pelbagai jenis sukan dan permainan dalam masa terdekat ini kan?

Pada minggu lepas, pelajar Foundation ASIQS telah didedahkan dengan sukan Bola Tampar, satu sukan yang baru untuk dicuba setelah berminggu-minggu mereka bermain bola sepak. Sekali-sekala kenalah cuba permainan yang berlainan pula. Mula-mula rasa agak kekok dan bosan, kerana masing-masing baru pertama kali bermain bola tampar. Mungkin juga belum biasa bermain lagi. Tapi bila dah selalu main, lama-lama jadi seronok! Alhamdulillah, terpahat senyuman di muka pelajar Foundation kami!

Kami di ASIQS suka mengetengahkan kepelbagaian sukan dan permainan kepada murid-murid kami, kerana kita tidak tahu, mungkin ada bakat terpendam di dalam anak-anak murid kami? Insya-Allah, mungkin kami dapatkan lahirkan lagenda seperti Lee Chong Wei dan Safee Sali di masa depan?

#hanyadiASIQS