t>

Monthly Archives: August 2019

  • 0

Khaleel dan Kerenahnya

Berikut merupakan perkongsian daripada Puan Zaidatul Abu Bakar, mengenai karenah anaknya Khaleel, Foundation 1 yang “tak suka cuti”.

#hanyadiASIQS


  • 0

Baihaqi yang benci cuti

Pada minggu lepas Encik Mohd Rizal Hj Atan, bapa kepada Baihaqi, salah seorang pelajar ASIQS, telah berkongsi pengalaman perbualan beliau bersama anak beliau kepada pihak pihak ASIQS. Perbualan ini berkisar tentang Baihaqi yang telah mengadu tentang cuti hujung minggu.

Menurut Encik Rizal, semenjak Baihaqi mula memasuki sekolah ASIQS, anak beliau sangat seronok dengan cara pembelajaran dan sentiasa tidak sabar untuk hadir semula ke ASIQS pada keesokan harinya. Namun soalan cepu emas yang sering ditujukan kepada Encik Rizal ialah apabila Baihaqi bertanyakan tentang kenapa tidak mempunyai persekolahan pada hari Sabtu dan Ahad.

“Boleh ke nak pergi ke sekolah hari Sabtu dan Ahad?” soalan yang ditanyakan Baihaqi kepada Encik Rizal. Encik Rizal hanya ketawa dan menyuruh Baihaqi bertanya kepada salah seorang gurunya di sekolah nanti.

Bagi kami para guru dan ibubapa di ASIQS, anak-anak sentiasa mempunyai sifat semulajadi yang ingin bermain dan sifat ingin tahu yang amat tinggi. Kami percaya, bahawa apabila anak-anak itu seronok untuk ke sekolah, bererti sekolah itu berjaya menyediakan keinginan-keinginan yang dikehendaki. Semoga ASIQS dikurniakan kekuatan untuk terus istiqomah dalam memperkenalkan cara-cara terkini dan menarik dalam pembelajaran.

#hanyadiASIQS


  • 0

Fayyadh dan Botol Air

Banyak perkara yang kelakar berlaku yang sering mencuit para guru di ASIQS. Hampir saban hari ada sahaja perkara yang menggelikan hati berlaku dikalangan para pelajar mereka. Tidak kurang juga perkara yang berlaku di dalam kelas Foundation 4 sehingga mencuit hati guru kelas mereka, Abang Akim.

Antaranya kisah menarik yang berlaku ialah nasib malang yang selalu sahaja terjadi kepada salah seorang daripada para pelajar mereka, Fayyadh.

Hampir setiap hari, pasti botol airnya akan terjatuh dan airnya tertumpah. Ada sahaja yang tidak kena antara Fayyadh dan botol air miliknya. Tanpa angin, tanpa ribut, botol air Fayyadh pasti akan jatuh dan airnya akan tumpah di dalam kelas.

Fayyadh pasti akan mengelap dan membersihkan air yang tumpah itu dengan mengambil sendiri mop dan kain daripada setor sekolah. Walaubagaimanapun, disebabkan hal ini sentiasa berlaku, lama-kelamaan ianya membuatkan Fayyadh rasa tertekan.

Pada minggu lepas, beliau telah membeli sebatang mop dan sehelai kain untuk kegunaannya sendiri, lalu diletakkan di dalam kelas Foundation 4.

“Penatlah nak pergi ambil jauh-jauh, nanti air akan tumpah lagi” ujar Fayyadh. Melihat keadaan keletah Fayyadh telah membuatkan tercuit rasa geli hati dan perasaaan kagum dalam hati Abang Akim.

Rasa bertanggungjawab yang ada dalam diri Fayyadh adalah antara contoh-contoh yang kami terapkan dalam diri pelajar-pelajar kami.

Fayyadh

Kami guru-guru di ASIQS juga puji sikap dan toleransi Fayyadh kerana beliau sudi untuk mencari bahan mencuci dari setor dan mempunyai inisiatif tinggi untuk membeli mopnya sendiri demi memudahkan kerja-kerja beliau setiap hari. Tahniah, Fayyadh!!


  • 0

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” adalah perumpamaan yang tepat untuk dua orang pelajar Foundation kami, Aisyah Humaira dan adiknya Anas. Mengapa?

Kisah ini bermula ketika 2 adik beradik ini ingin menyertai Kem Solat ASIQS pada 2hb & 3hb Ogos 2019 yang lepas.

Setiap pelajar Foundation berkobar-kobar semangat mereka dan merasa teruja kerana tidak sabar untuk menyertai Kem Solat ASIQS. Malangnya bagi Aisyah dan Anas, beberapa hari sebelum program tersebut berlangsung, mereka berdua telah jatuh sakit, demam dan batuk-batuk tidak henti.

Oleh kerana itu, mereka berasa amat risau jika tidak dapat untuk menyertai Kem Solat tersebut, Aisyah dan Anas kuatkan semangat dengan mengikut semua aturan pemakanan ubat dan vitamin yang diaturkan oleh ibu dan ayah mereka. Misi mereka hanya SATU, iaitu ingin menyertai Kem Solat walau apa pun yang terjadi.

Aisyah dan Anas bukan sahaja ingin membuktikan kepada ibubapanya, yang mereka boleh berdikari, malah mereka juga ingin membuktikan kepada para guru, yang bukan mereka buka sahaja boleh sihat malah mampu buat yang terbaik semasa Kem Solat itu nanti.

Walaupun kesihatan mereka berdua terganggu sebelum ini, mereka telah berusaha sehingga mereka sihat pada hari Kem Solat tersebut bermula.

Kami rasa sangat terharu dengan semangat kental yang ditunjukkan oleh Aisyah Humaira dan Anas yang sangat cintakan ilmu pengetahuan dan sekolahnya, sehingga berjaya melawan dan mengatasi kesakitan yang dialami. Syabas kami ucapkan kepada Aisyah Humaira dan Anas!

Tidak syak lagi, anda berdua adalah SUPERHERO KEM SOLAT ASIQS! ASIQS POWER!

#hanyadiASIQS


  • 0

Kem Solat ASIQS @FOUNDATION

Bersempena dengan Kem Solat ASIQS 2019 yang bakal dijalankan pada 2hb & 3hb Ogos 2019 yang lepas, para pelajar telah disajikan dengan satu pertandingan melukis poster pada seminggu sebelum tarikh Kem Solat mereka bermula.

Pertandingan ini dianjurkan khas kepada para pelajar Foundation 1 sehingga Foundation 4 untuk menarik minat dan mencungkil bakat mereka dalam seni melukis.

Kesemua para pelajar Foundation rasa bersemangat dan berlumba-lumba menyumbangkan hasil dan karya masing-masing untuk kem tersebut.

Banyak juga karya-karya yang menarik berjaya dihasilkan oleh para pelajar Foundation kami. Kami berasa sungguh bangga dengan semangat dan bakat yang ditonjolkan oleh mereka. Rasa keterujuaan mereka amat terasa apabila mereka berhempas pulas menghasil poster yang terbaik.

Hasil-hasil yang menarik telah dijanjikan oleh Abang Firdaus untuk digunakan sebagai poster rasmi Kem Solat ASIQS itu nanti.

Jujurnya, kami di ASIQS sangat menitik beratkan bakat para pelajar kami untuk kami ketengahlan dan kembangkan. Oleh kerana itu peluang-peluang seperti ini sering kali kami anjurkan untuk para pelajar kami.

Dari pelbagai lapisan usia, mahupun dari kecil sehingga remaja, mereka akan sama-sama turut serta dalam menyerlahkan bakat-bakat mereka.

Apabila mereka diberi peluang yang sedemikian untuk turut serta mengendali sesebuah program, sudah pastinya mereka akan lebih menghargai dan belajar menitik beratkan sesuatu perkara itu secara tidak langsung.

Inilah keindahan di ASIQS dan hanya ada di ASIQS.

#hanyadiASIQS