
Khairah dan Ujian Bahasa Arab
Apabila kita berbicara mengenai Bahasa Arab, pastinya kita akan mengetahui bahawa bahasa tersebut sebagai bahasa yang sering
digunakan di dalam solat, zikir dan ibadah-ibadah yang lain. Allah S.W.T. juga telah menjadikan Bahasa Arab ini sebagai bahasa al-Quran. Mempelajari Bahasa Arab bukanlah satu perkara yang mudah, namun ianya bukanlah mustahil. Tetapi bagi Khairah, lain pula perkara yang terjadi kepadanya.
Hasil perkongsian cerita daripada Abang Umair, beliau mengatakan bahawa Khairah, pelajar ASIQS L2 sedang menduduki peperiksaan dan harus menjawab soalan di dalam Bahasa Arab. Tetapi Khairah kurang menguasai dan memahami Bahasa Arab kerana beliau tidak mempunyai latar belakang mempelajari bahasa tersebut semasa di sekolah lama beliau.
Namun, atas sifat tidak putus asa beliau, dan perasaan tidak mahu menghampakan Abang Umair, Khairah meneruskan juga menjawab kertas peperiksaan itu. Khairah tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya. “Aduh, macam mana nak jawab ni? Soalan ini saya faham tapi tak retilah nak jawab dalam Bahasa Arab” mengeluh Khairah. Namun demikian, Khairah tetap menjawab juga soalan-soalan tersebut, tetapi beliau beri jawapan dalam Bahasa Melayu!
Melihat pada keadaan ini, Abang Umair memberi separuh markah kepada semua jawapan Khairah, walaupun beliau menjawab dengan
betul. Cuma Khairah tidak menjawab dalam Bahasa Arab, seperti yang dikenhendaki! “ Ala, kalau tidak tahu nak jawab semua, jangan tinggalkan semua soalan!” ujar Khairah kepada gurunya. Adoi, macam-macam karenah!
#hanyadiASIQS