t>

Monthly Archives: October 2019

  • 0

Muhammad dan Hafazan

“Usaha itu Tangga Kejayaan”. Pepatah Melayu yang sering digunakan oleh ibubapa dan guru-guru kita untuk memotivasikan kita semua . Apabila kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, pastinya ianya akan membuahkan hasil pada suatu hari nanti. Tidak kurang juga yang berlaku kepada pelajar Level 2 ASIQS, Muhammad, apabila beliau diberi tugasan untuk menghafaz Surah Al-Mumtahanah, ayat 1 hingga 11.

Menurut Uncle Saiful, sudah lebih daripada seminggu Muhammad cuba untuk menghafaz Surah Al-Mumtahanah ini. Pada mulanya Muhammad sentiasa mengeluh kerana surah tersebut mempunyai ayat-ayat permulaan yang sangat panjang. Tetapi untuk menaikkan semangat beliau, Uncle Saiful telah cuba memberikan motivasi kepada Muhammad dengan memberinya air milo ais, air Pokka dan juga bersetuju untuk menemani beliau bermain futsal pada hari minggu, dengan syarat Muhammad akan terus berusaha dengan bersungguh. Untuk pengetahuan semua, air Pokka dan Milo ais merupakan minuman kegemaran beliau. Futsal pula merupakan kegilaan beliau. Apabila mendengar beilau dapat bermain futsal di hujung minggu, Muhammad terus berasa semangat dan bermotivasi tinggi. Sudah tentu, kerana bermain futsal adalah kegemaran beliau, ianya menjadi motivasi untuk Muhammad untuk menghafaz dan Alhamdullillah, akhirnya beliau berjaya juga menghafaz ayat-ayat tersebut. Tahniah Muhammad, berjaya juga anda akhirnya!

Di ASIQS, kami sentiasa percaya bahawa ibubapa dan para guru seharusnya memainkan peranan mereka dalam memberi didikan dan galakan kepada anak-anak agar mereka dapat melakukan tanggungjawab mereka. Mungkin pada awalnya anak-anak ini akan berasa terpaksa, tetapi dengan sokongan dan galakan moral yang tinggi, lama-kelamaan ianya akan menjadi rutin dalam kehidupan mereka.

#HanyadiASIQS


  • 0

Membuat Video

Mempelajari perisian atau program komputer bukanlah sesuatu yang asing, malahan ianya adalah suatu kemestian untuk kita bergerak selari dan seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang pesat pada masa kini. Begitu juga kami di ASIQS, kami mahukan pelajar-pelajar kami mendapat ilmu pengetahuan dalam dunia teknolgi dan multimedia.

Tidak mahu melepaskan peluang keemasan yang diberikan, pelajar-pelajar Level 4 di ASIQS telah mempelajari cara-cara bagaimana untuk membuat video dengan menggunakan perisian komputer Filmora 9 dalam subjek Quranic Propagatin Skills. Dengan didikan dan tunjuk ajar oleh tenaga pengajar, Abang AB, para pelajar telah diajar langkah demi langkah untuk mencipta sebuah video berunsur motivasi, dengan hanya menggunakan gambar-gambar dan ayat-ayat.

Pelajar-pelajar Level 4 juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkan video-video tersebut. Video-video yang dihasilkan oleh mereka sangat mengkagumkan dan baik walaupun ini kali pertama mereka menghasilkan video. Kita boleh lihat hasil daripada satu kumpulan di link youtube : https://youtu.be/QbfIK-UYjP0 dan ini juga merupakan kumpulan yang terbaik dalam penghasilan video bagi minggu pertama pembelajaran.

Sungguh beruntung pelajar-pelajar pada zaman ini dapat mempelajari perisian komputer atau sesuatu yang berkaitan dengan multimedia di hujung jari mereka. Menurut Abang AB, dalam kelas ini juga terlihat ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat dan kemahiran yang menarik dalam penghasilan video. Mungkin mana tahu suatu hari nanti, bila kemahiran mereka digilap dan diajar dengan lebih mendalam, para pelajar dapat menghasilkan video yang diluar jangkaan kita?

#HanyadiASIQS


  • 0

Kelas Membuat Poster Nasihat

Baru-baru ini, pelajar-pelajar Level 3 telah diberi peluang untuk mempelajari cara-cara membuat poster nasihat secara digital dalam Subjek Quranic Propagation Skills. Menurut pada Abang AB, tujuan beliau mengajar anak-anak muridnya tentang bagaimana membuat poster secara digital ini adalah kerana ianya bersesuaian dengan dunia teknologi masaa kini dan perkembangan media sosial yang pesat.

Di dalam kelas tersebut, para pelajar telah diajar cara -carauntuk menyunting gambar dengan menggunakan aplikasi yang khusus. Mereka juga diberi tugasan membuat poster nasihat dan mempamerkannya di media sosial peribadi masing-masing. Dengan penuh ketelitian dan kesabaran, langkah demi langkah telah diajar oleh Abang AB agar pelajar-pelajar L3 tersebut dapat menguasai kemahiran yang diperlukan untuk membuat poster digital tersebut. Pelbagai poster yang berkualiti dan bermutu tinggi telah berjaya dihasilakan. Tahniah kami ucapkan!

Dengan peredaran masa dan teknologi yang makin berkembang pesat, kami para guru di ASIQS sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mengasah bakat dan kreativiti anak-anak murid kami agar mereka selari dengan perkembangan teknologi dan media sosial pada hari ini.

#HanyadiASIQS


  • 0

Syafi Penceria Suasana

Apabila disebut nama Danish Syafi, pastinya ramai di kalangan pelajar dan guru-guru yang sangat mengenali beliau di ASIQS. Ini sudah tentu, kerana sifatnya yang mudah mesra dan bergaul, sangat disenangi oleh rakan-rakan Danish.

Walaupun baru memasuki sekolah ASIQS pada 3 tahun yang lepas, Syafi ternyata berjaya menyesuaikan dirinya dengan semua orang termasuklah rakan-rakan yang berumur lebih tua daripada beliau. Disebabkan sikapnya yang sopan, mesra dan aktif, Syafi mudah diterima oleh bukan sahaja rakan-rakan malah guru-guru yang lain. Menurut Abang Akim, pada mulanya Syafi agak kekok untuk bergaul kerana tidak mengenali sesiapa, namun setelah beberapa tahun, kini Syafi pasti akan berjaya memeriahkan suasana, tidak kira dalam apa-apa sahaja aktiviti yang beliau terlibat.

Adakalanya sesetengah aktiviti itu hanya melibatkan 4 hingga 5 orang sahaja, namun dengan kewujudan Syafi dalam kumpulan tersebut, pastinya suasana akan menjadi meriah dan sangat menggembirakan. Pendek kata, bila ada Syafi terlibat, segalanya pasti akan menjadi seronok.

Begitulah kami di ASIQS, yang sentiasa melatih anak-anak muridnya untuk belajar bergaul agar mereka mudah didekati oleh masyarakat sekeliling. Pastinya mereka tidak akan menjadi kekok untuk berbual atau mengenali orang yang baru suatu masa nanti.

#HanyadiASIQS


  • 0

Aqil dan Tanggungjawabnya

Apabila kita diamanahkan dengan sesuatu tanggungjawab, tidak semua orang mampu melaksanakannya dengan baik. Pastinya ada yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka, walaupun kepercayaan telah diberikan. Tetapi lain pula bagi Aqil, perasaan tanggungjawab telah dibimbing dan diterapkan ke dalam dirinya, walaupun pada usia yang sangat muda.

Aqil adalah salah seorang pelajar Level 1 di bawah bimbingan Abang Aznil, seorang tenaga pengajar di ASIQS. Menurut Abang Aznil, setiap hari beliau akan mengajar kelas L1 ini sebelum waktu rehat untuk makan tengah hari. Sesudah kelas Abang Aznil tamat, pelajar-pelajar yang lain pasti akan terkejar-kejar dan berlumba-lumba untuk keluar dari kelas menuju ke kafeteria. Tetapi tidak bagi Aqil, di mana Abang Aznil akan sentiasa perasan yang Aqil adalah satu-satunya pelajar yang tinggal di dalam kelas dan tidak ikut serta rakan-rakannya keluar.

“Kenapa tidak keluar? Kan sudah waktu rehat?” tanya Abang Aznil kepada Aqil. Lalu Aqil pun menjawab: “Kalau saya keluar sekali bang, tidak ada siapa akan tinggal dan kemas dulu kelas sebelum pergi makan.” Ini kerana, setiap pelajar ASIQS diwajibkan untuk memastikan kelas mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih, kalau tidak mereka akan didenda di awal kelas selepasnya.

Begitulah pengorbanan Aqil dan sifat rasa bertanggungjawab beliau, terhadap amanah yang berikan untuk sentiasa memastikan kelas berada dalam keadaan bersih. Sifat pengorbanan Aqil juga harus dipuji kerana tidak mahu melihat rakan-rakan dan dirinya didenda kerana tidak melaksanakan tugas yang diberi dengan bagus.

#HanyadiASIQS