t>

Daily Archives: October 1, 2019

  • 0

Haqiem dan Larian

Kisah seterusnya adalah hasil daripada perkongsian Abang Isaac, salah seorang guru di ASIQS. Menurut Abang Isaac, pelajar L3 beliau, Shafizul
Haqiem, sejak dua menjak ini mempunyai masalah dalam menghafal ayat-ayat hafazan. Ketika diajar, Shafizul agak perlahan dan lambat dalam mempelajari ilmu yang diberi.

Terasa hairan dengan keadaan ini, Abang Isaac pon bertanya kepada Shafizul adakah beliau mempunyai masalah. “Penatlah, semalam masuk larian marathon 21km!” ujar Shafizul. Pada awalnya, Abang Isaac tidak percaya dengan kata-kata Shafizul . Namun, apabila melihat gambar yang diberi, beliau terus percaya dan berasa sangat kagum. “Susah nak menghabiskan larian 21km ni!” kata Abang Isaac.

Kami di ASIQS percaya yang setiap pelajar yang datang ke sekolah kami, ada keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Seperti Shafizul, walaupun beliau agak lambat dalam menghafaz ayat-ayat hafazan, namun beliau mampu menamatkan larian marathon yang sejauh 21km! Dasyat sekali anak murid kami ini. Dan sebab itu jugalah kami sentiasa raikan anak-anak murid kami agar mula meminati pembelajaran yang kami ajar.

#hanyadiASIQS