t>

Daily Archives: October 2, 2019

  • 0

Hajar dan Notanya yang kemas

Setiap orang atau pelajar pastinya mempunya buku nota masing-masing. Buku nota sentiasa digunakan untuk tujuan mencatit nota yang dipelajari ataupun perkara dan maklumat yang penting dalam kehidupan seharian. Menurut Uztazah Farhana, beliau berasa kagum apabila melihat buku nota pelajaran anak murid L3 beliau, yang bernama Hajar.

Buku nota Hajar sangat dijaga dengan rapi dan kemas. Malah, beliau juga menggunakan highlighter aneka warna dan pelbagai corak-corak yang kreatif untuk mencantikkan buku nota pembelajarannya. Tulisannya juga sangat kemas dan mudah untuk dibaca. Apa yang lebih mengejutkan, buku-buku nota Hajar yang tahun-tahun lepas pun masih disimpan dan dijaga dengan elok-elok.

Mungkin ini adalah bagaimana Hajar menunjukkan bakat beliau dalam seni. Mungkin juga ini adalah tanda cintanya kepada ilmu yang dipelajari kerana Hajar akan menjaga buku-buku tersebut sebaik mungkin. Bagi kami di ASIQS, menulis dengan cantik dan teratur juga adalah antara bukti cintanya seseorang terhadap ilmu yang dipelajari.

#hanyadiASIQS