t>

Daily Archives: October 25, 2019

  • 0

Aqil dan Tanggungjawabnya

Apabila kita diamanahkan dengan sesuatu tanggungjawab, tidak semua orang mampu melaksanakannya dengan baik. Pastinya ada yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka, walaupun kepercayaan telah diberikan. Tetapi lain pula bagi Aqil, perasaan tanggungjawab telah dibimbing dan diterapkan ke dalam dirinya, walaupun pada usia yang sangat muda.

Aqil adalah salah seorang pelajar Level 1 di bawah bimbingan Abang Aznil, seorang tenaga pengajar di ASIQS. Menurut Abang Aznil, setiap hari beliau akan mengajar kelas L1 ini sebelum waktu rehat untuk makan tengah hari. Sesudah kelas Abang Aznil tamat, pelajar-pelajar yang lain pasti akan terkejar-kejar dan berlumba-lumba untuk keluar dari kelas menuju ke kafeteria. Tetapi tidak bagi Aqil, di mana Abang Aznil akan sentiasa perasan yang Aqil adalah satu-satunya pelajar yang tinggal di dalam kelas dan tidak ikut serta rakan-rakannya keluar.

“Kenapa tidak keluar? Kan sudah waktu rehat?” tanya Abang Aznil kepada Aqil. Lalu Aqil pun menjawab: “Kalau saya keluar sekali bang, tidak ada siapa akan tinggal dan kemas dulu kelas sebelum pergi makan.” Ini kerana, setiap pelajar ASIQS diwajibkan untuk memastikan kelas mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih, kalau tidak mereka akan didenda di awal kelas selepasnya.

Begitulah pengorbanan Aqil dan sifat rasa bertanggungjawab beliau, terhadap amanah yang berikan untuk sentiasa memastikan kelas berada dalam keadaan bersih. Sifat pengorbanan Aqil juga harus dipuji kerana tidak mahu melihat rakan-rakan dan dirinya didenda kerana tidak melaksanakan tugas yang diberi dengan bagus.

#HanyadiASIQS