t>

Daily Archives: October 26, 2019

  • 0

Syafi Penceria Suasana

Apabila disebut nama Danish Syafi, pastinya ramai di kalangan pelajar dan guru-guru yang sangat mengenali beliau di ASIQS. Ini sudah tentu, kerana sifatnya yang mudah mesra dan bergaul, sangat disenangi oleh rakan-rakan Danish.

Walaupun baru memasuki sekolah ASIQS pada 3 tahun yang lepas, Syafi ternyata berjaya menyesuaikan dirinya dengan semua orang termasuklah rakan-rakan yang berumur lebih tua daripada beliau. Disebabkan sikapnya yang sopan, mesra dan aktif, Syafi mudah diterima oleh bukan sahaja rakan-rakan malah guru-guru yang lain. Menurut Abang Akim, pada mulanya Syafi agak kekok untuk bergaul kerana tidak mengenali sesiapa, namun setelah beberapa tahun, kini Syafi pasti akan berjaya memeriahkan suasana, tidak kira dalam apa-apa sahaja aktiviti yang beliau terlibat.

Adakalanya sesetengah aktiviti itu hanya melibatkan 4 hingga 5 orang sahaja, namun dengan kewujudan Syafi dalam kumpulan tersebut, pastinya suasana akan menjadi meriah dan sangat menggembirakan. Pendek kata, bila ada Syafi terlibat, segalanya pasti akan menjadi seronok.

Begitulah kami di ASIQS, yang sentiasa melatih anak-anak muridnya untuk belajar bergaul agar mereka mudah didekati oleh masyarakat sekeliling. Pastinya mereka tidak akan menjadi kekok untuk berbual atau mengenali orang yang baru suatu masa nanti.

#HanyadiASIQS