t>

Daily Archives: October 29, 2019

  • 0

Membuat Video

Mempelajari perisian atau program komputer bukanlah sesuatu yang asing, malahan ianya adalah suatu kemestian untuk kita bergerak selari dan seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang pesat pada masa kini. Begitu juga kami di ASIQS, kami mahukan pelajar-pelajar kami mendapat ilmu pengetahuan dalam dunia teknolgi dan multimedia.

Tidak mahu melepaskan peluang keemasan yang diberikan, pelajar-pelajar Level 4 di ASIQS telah mempelajari cara-cara bagaimana untuk membuat video dengan menggunakan perisian komputer Filmora 9 dalam subjek Quranic Propagatin Skills. Dengan didikan dan tunjuk ajar oleh tenaga pengajar, Abang AB, para pelajar telah diajar langkah demi langkah untuk mencipta sebuah video berunsur motivasi, dengan hanya menggunakan gambar-gambar dan ayat-ayat.

Pelajar-pelajar Level 4 juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkan video-video tersebut. Video-video yang dihasilkan oleh mereka sangat mengkagumkan dan baik walaupun ini kali pertama mereka menghasilkan video. Kita boleh lihat hasil daripada satu kumpulan di link youtube : https://youtu.be/QbfIK-UYjP0 dan ini juga merupakan kumpulan yang terbaik dalam penghasilan video bagi minggu pertama pembelajaran.

Sungguh beruntung pelajar-pelajar pada zaman ini dapat mempelajari perisian komputer atau sesuatu yang berkaitan dengan multimedia di hujung jari mereka. Menurut Abang AB, dalam kelas ini juga terlihat ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat dan kemahiran yang menarik dalam penghasilan video. Mungkin mana tahu suatu hari nanti, bila kemahiran mereka digilap dan diajar dengan lebih mendalam, para pelajar dapat menghasilkan video yang diluar jangkaan kita?

#HanyadiASIQS