t>

Daily Archives: October 30, 2019

  • 0

Muhammad dan Hafazan

“Usaha itu Tangga Kejayaan”. Pepatah Melayu yang sering digunakan oleh ibubapa dan guru-guru kita untuk memotivasikan kita semua . Apabila kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, pastinya ianya akan membuahkan hasil pada suatu hari nanti. Tidak kurang juga yang berlaku kepada pelajar Level 2 ASIQS, Muhammad, apabila beliau diberi tugasan untuk menghafaz Surah Al-Mumtahanah, ayat 1 hingga 11.

Menurut Uncle Saiful, sudah lebih daripada seminggu Muhammad cuba untuk menghafaz Surah Al-Mumtahanah ini. Pada mulanya Muhammad sentiasa mengeluh kerana surah tersebut mempunyai ayat-ayat permulaan yang sangat panjang. Tetapi untuk menaikkan semangat beliau, Uncle Saiful telah cuba memberikan motivasi kepada Muhammad dengan memberinya air milo ais, air Pokka dan juga bersetuju untuk menemani beliau bermain futsal pada hari minggu, dengan syarat Muhammad akan terus berusaha dengan bersungguh. Untuk pengetahuan semua, air Pokka dan Milo ais merupakan minuman kegemaran beliau. Futsal pula merupakan kegilaan beliau. Apabila mendengar beilau dapat bermain futsal di hujung minggu, Muhammad terus berasa semangat dan bermotivasi tinggi. Sudah tentu, kerana bermain futsal adalah kegemaran beliau, ianya menjadi motivasi untuk Muhammad untuk menghafaz dan Alhamdullillah, akhirnya beliau berjaya juga menghafaz ayat-ayat tersebut. Tahniah Muhammad, berjaya juga anda akhirnya!

Di ASIQS, kami sentiasa percaya bahawa ibubapa dan para guru seharusnya memainkan peranan mereka dalam memberi didikan dan galakan kepada anak-anak agar mereka dapat melakukan tanggungjawab mereka. Mungkin pada awalnya anak-anak ini akan berasa terpaksa, tetapi dengan sokongan dan galakan moral yang tinggi, lama-kelamaan ianya akan menjadi rutin dalam kehidupan mereka.

#HanyadiASIQS