t>

Daily Archives: January 20, 2020

  • 0

Lawatan ke Taman Botani Shah Alam

Menjaga dan menghargai alam sekitar dengan baik adalah menjadi satu kewajipan kita sebagai seorang manusia di muka bumi ini. Walaupun ianya bukanlah perkara yang mudah, namun dengan ilmu yang kita ada, kita pasti dapat melaksanakan tugas ini dengan mengajar generasi yang akan datang ini untuk belajar tentang keindahan alam sekitar.

Pada 12 Disember yang lepas, seramai 37 orang pelajar Foundation ASIQS telah mengikuti satu lawatan sambil belajar ke Taman Botani Negara. Keseronokan terpancar dan jelas kelihatan di muka pelajar-pelajar kami ini. Tujuan sekolah ASIQS mengadakan lawatan ini adalah kerana ingin mendedahkan pelajar-pelajar ASIQS kepada flora dan fauna, dan juga ingin mengajar spesis haiwan yang sudah mula terancam seperti tapir dan lain-lain lagi.

Pelbagai hidupan yang mereka dapat pelajari dan lihat pada hari tersebut seperti landak, tapir dan sebagainya. Kami di ASIQS berharap dengan banyak mendampingi dan melihat alam semulajadi di sekitar mereka, pelajar-pelajar ini dapat mempelajari banyak ilmu tentang persekitaran mereka. Mungkin  juga suatu hari nanti, pelajar-pelajar ini akan dapat mencari jalan untuk memelihara dan menjaga alam sekitar kerana ia sudah menjadi tanggungjawab kita semua bersama.

#HanyadiASIQS