t>

Zidane dan ASIQS

  • 0

Zidane dan ASIQS

Baru-baru ini, Abang AB, salah seorang guru di ASIQS berkongsi cerita pertemuannya dengan seorang yang tidak disangka-sangka pada hujung minggu lepas.

“Tempoh hari, masa saya berjalan-jalan dengan keluarga di pasaraya, tiba-tiba saya terdengar suara seseorang memanggil nama saya. Abang AB! Abang AB! , saya terdengar dari jauh. Apabila saya menoleh ke belakang, saya ternampak ada seorang lelaki yang kelihatan sangat matang. Mula-mulanya saya tidak mengenali beliau, ingatkan TMJ yang datang menegur saya, sebab sosokk badannya yang hampir menyerupai TMJ. Tapi bila saya meneliti betul-betul, baru saya perasan. Zidane rupanya!”

Menurut Abang AB, Zareef Zidane Bin Ren Zafalitash, atau lebih mesra dikenali sebagai Zidane, merupakan bekas pelajar INNOVOLOGY-ASIQS selama beberapa bulan, sepanjang tahun 2011-2012. “Saya masih ingat lagi kerenah si Zidane yang sangat gemar akan perkara-perkara berkaitan dengan perkomputeran. Ada saja masanya dia akan cuba dan mencari cara-cara untuk menggodam internet.“

“Tapi pada mula sesi tahun 2012, atas sebab-sebab tertentu, Zidane tidak lagi bersama dengan kami. Mungkin juga ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun perkara yang buat saya rasa terharu apabila beliau sempat lagi bertanya khabar tentang Uztaz Idris dan Abang Ashraf, serta bertanyakan adakah mereka berdua masih mengajar di ASIQS lagi.” Kata Abang AB sambil tersenyum lebar.

Bagi kami di ASIQS, apabila seseorang bekas pelajar yang masih ingat akan guru-guru yang mengajar mereka suatu ketika dahulu, adalah hadiah yang sangat berharga dan nilainya tidak dapat diganti dengan harta atau wang ringgit. Walaupun bersama dengan ASIQS untuk tempoh masa yang singkat, admin percaya yang sistem pembelajaran yang menarik membuatkan Zidane tidak lupa akan pengalaman beliau di sekolah ASIQS.

#HanyadiASIQS


Leave a Reply