t>

Ammar Firman dan Sedeqah

  • 0

Ammar Firman dan Sedeqah

Amalan bersedekah amat berkait rapat dengan kehidupan seharian seseorang Muslim. Bersedekah juga melambangkan kesyukuran kita atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan menjadi satu peringatan bahawa harta yang dimiliki bukan hanya milik kita seorang sebaliknya dikongsi dengan makhluk-makhluk Tuhan yang lain.

Seperti biasa pada hari Jumaat, pastinya sudah menjadi satu kewajipan sebagai seorang umat Islam untuk
menunaikan solat Jumaat. Namun, gelagat Ammar pasti akan menarik tumpuan Abang Umair setiap kali selesainya solat Jumaat. Menurut Abang Umair, Ammar akan sentiasa berdiri di hadapan tabung masjid bersama rakan-rakannya. Kemudian beliau akan mengeluarkan sejumlah wang dan membahagikan wang tersebut dengan rakan-rakannya. “Ammar ni pasti akan mengajak rakan-rakannya bersedekah sekali dengan wang beliau ada walaupun sedikit”

Sebagai contoh pada minggu lepas, Ammar mengeluarkan 3 keping duit RM1 dan diberikan 2 keping kepada 2 orang rakannya. Kemudian beliau dan rakan-rakannya sama-sama memasukkan duit ke dalam tabung derma Masjid. Sangat mengkagumkan.

Sikap Ammar yang suka bersedekah ini bukanlah satu perkara yang baru dan ianya tidak menghairankan kerana Ammar juga sentiasa bersedekah di ASIQS dengan memberi kuih-muih yang dibuat oleh ibunya kepada para guru di ASIQS. Mungkin juga hasil didikan ibunya dengan mengajar beliau untuk sentiasa bersedekah sehingga ianyasebati dalam jiwa dan kehidupan Ammar.

Bagus sekali Ammar! Teruskan mengamalkan bersedekah kerana ia adalah satu amalan yang murni dan wajib dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.Janganlah kita sesekali takut untuk bersedekah, kerana Allah S.W.T. telah berjanji bahawa setiap sedekah yang kita lakukan, pastinya akan diganti semula berlipat ganda kalinya.

#HanyadiASIQS


Leave a Reply