t>

Training Guru ASIQS

  • 0

Training Guru ASIQS

Pada 2 hingga 4 Disember yang lepas, pihak ASIQS telah menganjurkan kem latihan untuk para tenaga pengajar kami bagi menaikkan semula motivasi dalam diri mereka. Bertempat di Kedidi Garden, Klang, seramai 22 orang guru telah turut serta dan ada juga di kalangan mereka yang hadir bersama ahli keluarga seperti isteri dan anak-anak mereka.

Objektif kem latihan ini bertujuan untuk mengajar para guru ASIQS tentang satu teknik pengajaran baru yang dinamakan Pengajaran Rahsia. Dengan mempelajari teknik ini, para guru ASIQS telah diajar bagaimana dan cara-cara untuk mereka mengajar anak murid secara separa sedar atau secara tersembunyi. Teknik ini bakal diterapkan dalam pengajaran anak-anak murid agar mereka dapat memahami dan menghayati sesuatu pengajaran itu tanpa mereka sedari.

Di samping itu, banyak juga aktiviti kekeluargaan yang dijalankan sepanjang kem tersebut. Dengan ini para guru dapat merapatkan silahturahim dan erti bekerjasama semasa mereka mengajar di ASIQS nanti. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua gurudan staf yang hadir ke kem ini.  Semoga kem seperti ini dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang, Insya-Allah.

#HanyadiASIQS


Leave a Reply