Facilities

IMG_0174

Bermula pada tahun 2016, ASIQS mula beroperasi di dua buah banglo di Jalan Nuang, Bukit Bandaraya Shah Alam. Dua buah banglo dua tingkat berhalaman luas merupakan apa yang ASIQS kehendaki apabila pelajar ASIQS sudah mencecah 100 orang ketika itu. Ditambah dengan bilangan tenaga pengajar ASIQS seramai 20 orang, bangunan baru ini mampu memuatkan kesemua 120 orang warga ASIQS dalam satu-satu masa.

Bangunan ASIQS yang baru ini menempatkan 9 buah kelas. Daripada 9 buah kelas ini, 4 daripadanya ialah kelas besar di mana ia mampu memuatkan sejumlah 12-18 orang pelajar dalam satu-satu masa. Baki 5 lagi kelas ialah kelas kecil yang mampu memuatkan sekitar 6-10 orang pelajar sahaja dalam satu-satu masa. Setiap kelas ini dilengkapi dengan papan putih, penghawa dingin dan bahan bantu mengajar seperti televisyen 42 inci atau pemancar projektor dan layar putih mengikut kesesuaian tahap pelajar yang menggunakan kelas-kelas ini.

Kelas Besar ASIQS

Kelas Besar ASIQS

Kelas Kecil ASIQS

Kelas Kecil ASIQS

Setiap kelas dicat dengan warna biru tema ASIQS dan akan dilengkapi dengan satu dinding bewarna unik bagi mewujudkan suasana ceria para pelajar ketika menuntut ilmu. Sistem tingkap yang strategik mengizinkan pencayaan semulajadi matahari menerangi setiap kelas dengan terang membuatkan suasana kelas bertambah ceria dan indah.

Selain 9 buah kelas, ASIQS mempunyai sebuah dewan serbaguna yang bertindak sebagai dewan utama, dewan surau, kelas dan juga dewan makan. Dewan segiempat berukuran sekitar 600 kaki persegi ini mampu memuatkan sehingga 150 orang jemaah pada satu-satu masa. Dewan ini dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas,  pemancar projektor beserta layar putih dan juga sistem bunyian yang lengkap menjadikannya sesuai digunakan untuk majlis-majlis besar.

Dewan ASIQS

Dewan ASIQS

Bagi pelajar-pelajar yang cintakan buku dan perlukan ketenangan apabila membacanya, ASIQS menyediakan dua buah sudut bacaan yang dilengkapi dengan bahan-bahan bacaan sesuai dengan keperluan pelajar level dan foundation. Keadaan sekeliling Jalan Nuang yang sunyi dan dikelilingi suasana pokok-pokok hutan menambahkan lagi kepuasan para pelajar yang membaca atau belajar di sudut bacaan ini.

Sudut Bacaan ASIQS

Sudut Bacaan ASIQS

Bagi pelajar yang cintakan ilmu Sains, ASIQS menyediakan sebuah makmal Sains dan sebuah taman Sains bagi memangkin keseronokan pelajar. Makmal Sains ASIQS serba lengkap dengan peralatan-peralatan canggih dan moden seperti mikroskop, buret dan lain-lain. Makmal ASIQS juga dibekalkan dengan bahan-bahan Kimia yang mencukupi untuk digunakan baik pelajar Level mahupun Foundation. Taman Sains ASIQS pula dipenuhi dengan flora dan fauna semulajadi yang cukup bagi menaikkan minat pelajar mengkaji ciptaan-ciptaan Allah S.W.T. yang indah dan menarik.

Makmal Sains ASIQS

Makmal Sains ASIQS

Selain menempatkan Taman Sains, kawasan halaman ASIQS cukup luas menempatkan sebuah “ampitheatre” iaitu binaan separuh bulatan seakan-akan sebuah colloseum. Ampitheatre ini boleh digunakan untuk para pelajar duduk berehat dan juga adakalanya dijadikan sebagai kelas di mana pelajar akan duduk mengelilingi tenaga pengajar. Ini khas bagi tenaga pengajar yang inginkan kelainan dalam pembelajaran sesuatu subjek tertentu. Berkonsepkan kelas “open air”, kelas di sini sesuai untuk dijalankan samada di waktu pagi atau petang bagi mengelakkan panas matahari yang terik.

Ruangan Ampitheatre

Ruangan Ampitheatre

Khas bagi pelajar Foundation, bangunan ASIQS mempunyai banyak ruangan luas untuk mereka bermain. Kebanyakan kelas Foundation di ASIQS dijalankan berkonsepkan permainan, jadi ruang-ruang permainan amatlah diperlukan oleh para pelajar dan tenaga pengajar bagi menjamin keseronokan pembelajaran. Di antara ruangan-ruangan ini ialah Dataran Bendera ASIQS, Pondok Pagola Al-Idris, Halaman Arnab An-Naeem dan beberapa ruangan permainan yang disediakan khas di dalam bangunan ASIQS.

Pondok Pagola Al-Idris

Pondok Pagola Al-Idris

Halaman Arnab An-Naeem

Halaman Arnab An-Naeem

Taman Sains ASIQS

Taman Sains ASIQS

Sebuah Intervention room disediakan bagi para pelajar yang perlukan perhatian yang lebih dalam menangani masalah-masalah pembelajaran mereka. Kelas ini disediakan bersama para guru yang berkelayakan dalam bidang-bidang ini. Kelas ini dilengkapi dengan alat mainan yang banyak membuatkan kebanyakan pelajar Foundation teruja dan seringkali kelihatan beberapa pelajar yang tidak mempunyai sebarang masalah juga ternanti-nanti untuk memasukinya. Kelas ini merupakan kelas yang mempunyai hiasan yang paling ceria dan bewarna warni.

Bilik Intervention

Bilik Intervention

Sebuah bilik sakit (sick bay) disediakan bagi menempatkan warga ASIQS yang mengalami masalah kesihatan tubuh badan seperti demam, pening kepala, luka dan macam-macam lagi. Bilik ini akan digunakan pelajar sambil menanti kehadiran penjaga untuk menjemput mereka pulang ke rumah. Bilik ini sentiasa di bawah penjagaan guru bertugas bagi memastikan kelancaran operasi bilik sakit ini.

Bagi kemudahan para tenaga pengajar ASIQS pula, lima buah bilik kakitangan disediakan khas buat tenaga pengajar yang mahu berehat atau melakukan kerja-kerja harian mereka. Bagi menyediakan tenaga pengajar yang hebat, bilik-bilik mereka haruslah sentiasa dijaga dan diselenggara supaya mereka mendapat keselesaan dan ini memudahkan lagi mereka untuk melakukan kerja dengan cemerlang. Selain bilik, sebuah “pantry” disediakan bagi para tenaga pengajar yang ingin menikmati snek-snek atau makanan ringan sementara menanti waktu kelas. Di sinilah juga para tenaga pengajar mengeratkan lagi silaturrahim sesama mereka.

Aktiviti penyimpanan alat dan perkakas ASIQS dilakukan dengan amat sempurna sekali. Dua buah bilik stor disediakan iaitu sebuah stor alatan sukan di blok Level dan sebuah stor barang-barang keperluan pengajaran di blok Foundation. Sistem buku rekod yang digunakan memantapkan lagi operasi pemantauan dan penyelenggaraan bilik-bilik stor ini.

Sebuah ruang menunggu disediakan bagi para ibubapa yang ingin berjumpa dengan pihak ASIQS. Sebuah kaunter operasi ditempatkan di sini bagi mengendali para tetamu. Setiap ibubapa haruslah memaklumkan kepada pegawai yang bertugas terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada individu-individu yang berkenaan bagi menyelesaikan sebarang pertanyaan berkaitan ASIQS.

Ruangan Menunggu

Ruangan Menunggu

Selain itu, dua buah “workstation” disediakan khas buat para pelajar dan tenaga pengajar yang mahu menjalankan “group discussion” atau melakukan kerja-kerja berkaitan sesuatu projek yang telah diberikan. Sistem kelas yang santai bakal menjadikan sesuatu perbincangan itu lancar dan menarik.

Bermula pada tahun 2017, dengan tertubuhnya Bahagian Kaunseling, dua buah sudut kaunseling disediakan di blok Level dan Foundation bagi membantu para pelajar mencari jalan penyelesaian kepada sebarang masalah yang dialami oleh mereka.

Pelajar-pelajar memberi Arnab makan

Pelajar-pelajar memberi Arnab makan