t>

Compatible with IGCSE

Silabus Al Quran di ASIQS turut mengandungi konten yang setaraf Cambridge IGCSE. Oleh itu, dengan mempelajari ke lima-lima subjek ASIQS, pelajar secara tidak langsung berkeupayaan menduduki peperiksaaan ini. Setakat tahun 2018, pelajar-pelajar ASIQS telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan ini dan telah pun melanjutkan pelajaran di university-universiti berprestij seperti Universiti Teknologi Petronas, INTEC, Multimedia University, Segi UC, KDU, Management & Science Universiti dan Universiti Islam Antarabangsa.

Antara pelajar-pelajar yang berjaya:

  • Avisenna Bin Romil

Straight A (4 A* 1 A) dalam aliran Sains Tulen. Kini melanjutkan pelajaran di UTP di dalam fakulti Kejuruteraan Kimia. Di UTP, beliau merupakan pelajar terbaik bagi mata pelajaran Kimia di seluruh universiti disamping mendapat 4 flat.

  • Nabilah Huda Binti Samsuri

Straight A* (5 A*) dalam aliran Sains Tulen. Kini melanjutkan pelajaran di INTEC, Shah Alam dalam kursus A-Level

  • Maisarah Nabilah Binti

Beliau memperoleh keputusan cemerlang (4A 1B) ini ketika berusia 15 tahun lagi. Kini melanjutkan pembelajaran di dalam bidang Environmental Science.

  • Nurul Syafiqah Binti Abu Hassan

Beliau merupakan pelajar luar biasa dan antara yang paling cemerlang secara keseluruhan. Keperibadian yang tinggi, sifat suka menolong orang dan kehalusan budi pekerti menjadikan keputusan cemerlang IGCSE(4A 1B) di ’eclipse’ oleh kejayaan demi kejayaan lain yang jauh lebih tinggi nilainya. Kini melanjutkan pelajaran di dalam bidang Occupational Therapy kerana minatnya yang mendalam terhadap pembangunan kanak-kanak istimewa.

  • Ahmad Hazim Bin Mohd Ridhwan

Dengan memperoleh keputusan(4A 1B 1C), pelajar ini amat pintar dan sangat dahagakan ilmu. Selain memiliki ilmu sains, beliau turut mendalami ilmu Tauhid, ilmu perubatan tradisional Cina dan juga ilmu perakaunan. Selain mendalami pelbagai bidang ilmu, beliau turut aktif di dalam khidmat masyarakat. Kini melanjutkan pelajaran di Management & Science University di dalam bidang kejuruteraan elektrikal.

  • Alif Fahmi Bin Azhar (4A 1B)

Alif bukan sahaja mencapai keputusan cemerlang dalam IGCSE tetapi juga seorang ‘problem solver’ yang amat kreatif serta memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi. Beliau kini meneruskan kecemerlangan di Universiti Teknologi Petronas di dalam bidang kejuruteraan Mekanikal.

  • Syed Ajmal Barakbah Bin Syed Hidzir Barakbah (3A 2B)

Terkenal dengan kehalusan budi pekerti, kepintaran sosial yang tinggi dan akhlaq yang amat baik, beliau turut cemerlang di dalam akademik. Beliau kini melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa di dalam bidang keewangan.

Selain daripada nama-nama diatas, terdapat ramai lagi kisah kejaayan yang bakal kami kongsikan dari masa ke semasa.