Quranic Civilisation & Sociology

Subjek ASIQS-04

Pengenalan Subjek

Subjek Quranic Civilisation & Sociology (QCS) merupakan satu subjek yang menggabungkan 3 komponen utama iaitu Sejarah, Geografi dan Sosiologi. Gabungan ini adalah kerana kami berpendapat bahawa dalam mempelajari Sejarah, ianya tidak lengkap jika tidak digabungkan bersama Geografi dan juga Sosiologi. Oleh sebab itu, pihak QCS menghasilkan satu subjek yang mengajar kesemua tiga komponen ini dalam satu masa.

Sebagai contoh yang paling mudah, bila berbicara mengenai Tamadun Sumeria Mesopotamia, pasti susah untuk kita memahami kegiatan ekonomi seharian rakyatnya dan asal-usul kewujudan Tamadun ini tanpa kita mengetahui keadaan geografi sekelilingnya terlebih dahulu. Berdasarkan fakta Geografi, Tamadun Sumeria Mesopotamia wujud di persisiran Sungai Tigris dan Sungai Furat yang membuatkan rakyatnya pakar dalam bidang perikanan dan pembuatan saliran air.

Metode Pengajaran

Dalam subjek ini, matlamat kami ialah untuk mendidik para pelajar bahawa setiap jatuh naik sesuatu Tamadun atau Empayar, pasti ada peranan Rasul atau Nabi di dalamnya. Ini adalah selari dengan firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran yang berbunyi :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya.

(Surah Yunus 10 : 47)

dan

إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا ۚ وَإِن مِّنْ أُمَّةٍ إِلَّا خَلَا فِيهَا نَذِيرٌ

Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

(Surah Al-Fatir 10 : 24)

Jadi, matlamat kami ialah bagi memastikan para pelajar mengetahui fakta ini dan seterusnya mengaplikasikan nilai-nilai murni yang dibawakan oleh para Rasul di dalam kehidupan seharian mereka. Matlamat kedua pula, kami ingin para pelajar mengambil iktibar dan tauladan daripada setiap peristiwa sejarah yang dipelajari, kerana, menurut kata pepatah, “Sejarah ialah satu peristiwa yang berulang-ulang”.

Tajuk-tajuk Subjek

Senarai tajuk-tajuk yang diajar di dalam subjek QCS ini dapat dirumuskan seperti di dalam jadual berikut :

Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar subjek QCS terdiri daripada beberapa orang guru yang berpengalaman dan amat meminati bidang Sejarah dan Sosiologi. Pengetahuan mereka yang luas dan teknik mengajar yang unik disenangi oleh para pelajar dan sekaligus memudahkan proses menambah minat kepada para pelajar.

Mohamad Rafiq Mohamad Raseli

Abang Rafiq QCS-01Merupakan Head of Department untuk subjek QCS. Seorang guru yang sangat gemar membaca terutamanya bahan-bahan yang berkenaan dengan Sejarah. Beliau merupakan seorang yang pakar dalam isu sejarah Tamadun Parsi, Eropah, Arab dan yang paling beliau minati ialah sejarah Tamadun Melayu. Hobi beliau ialah membaca buku dan mendengar muzik. Beliau lebih gemar menggunakan teknik penceritaan dan slideshow powerpoint ketika mengajar.

Teknik pengajarannya yang begitu terperinci dan bersahaja adakalanya mengundang persoalan-persoalan pelik daripada para pelajar. Dan sebagai seorang guru yang gemarkan anak muridnya bertanya, beliau akan sedaya upaya cuba menjawab segala soalan yang diajukan agar tidak mematahkan semangat pembelajaran para pelajarnya.


Leave a Reply