Pada tahun 2012 dan 2016, pihak ASIQS diundang untuk menjalankan satu program Sains Al-Quran di MRSM Ulul Albab Gemenceh dan juga MRSM Ulul Albab Sungai Besar. Program 2 hari 1 malam ini bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar Ulul Albab kepada matapelajaran Sains dengan melihat daripada perspektif Al-Quran yang cukup luar biasa dan menarik. Program yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik ini ternyata berjaya menarik minat para pelajar ke arah subjek-subjek Sains seperti Kimia, Fizik, Geologi, Astronomi, Matematik dan lain-lain lagi. Pihak ASIQS mengucapkan jutaan terima kasih di atas peluang yang telah diberikan.