t>

Conducive Spacious Building

Conducive Spacious Building

Persekitaran dan infrastruktur sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk satu sistem pendidikan yang efisien dan menarik. Dalam senibina bangunan, antara faktor penting yang akan diambil kira oleh seseorang arkitek dalam mereka sebuah rumah ialah pencahayaan dan keluasan ruang yang boleh diwujudkan. Pencahayaan yang betul dan jumlah ruang luas yang mencukupi akan mempengaruhi sedikit sebanyak semangat untuk belajar dan mengajar.

Di ASIQS, kami cuba sedaya upaya untuk menyediakan sebanyak mungkin ruang luas untuk belajar di samping mengekalkan kadar pencahayaan yang banyak bagi setiap kelas. Setiap kelas di ASIQS akan mempunyai ruang khas yang membolehkan mereka untuk bermain atau melakukan aktiviti lain selain daripada ruang tempat duduk pelajar.

Selain kelas, ASIQS juga mempunyai sebuah perpustakaan yang agak luas dipenuhi dengan buku-buku yang sesuai digunakan di ASIQS. Di dalam perpustakaan ini juga mempunyai sebuah meja conference yang sangat besar boleh digunakan untuk bermesyuarat sehingga 20 orang pelajar.

Walaupun setiap kelas sudah ditentukan, adakalanya guru menggunakan alternatif dan kreativiti masing-masing mengadakan kelas di tempat lain. Adakalanya di waktu pagi, andai suasana sedikit dingin, guru akan membawa anak murid ke kawasan luar bangunan untuk belajar sambil menikmati udara segar di hening pagi. Adakalanya guru mendapati pelajar agak mengantuk, guru akan membawa anak murid ke kawasan kolam air pancut di persekitaran sekolah untuk mengadakan kelas.

Suasana yang ceria dengan ruang yang luas ternyata memberi impak kepada pembelajaran anak murid dan guru. Para guru boleh menggunakan kepelbagaian suasana ketika mengajar untuk mengelakkan pelajar daripada menjadi bosan dan mengantuk.