t>

Fun & Loving Environment

Fun & Loving Environment

Di ASIQS, kami amat mementingkan suasana yang seronok untuk para pelajar dan guru dalam menjadikan proses pembelajaran itu lebih menarik. Terdapat banyak perkara yang telah ASIQS lakukan dalam menjadikan suasana pembelajaran di ASIQS suatu yang tidak dapat dilupakan atau diperolehi di tempat lain. Sepanjang pengalaman kami beroperasi, kami dapati ramai ibubapa yang mengeluh menyatakan semenjak anak mereka bersekolah di ASIQS, mereka amat gembira untuk berada dan pergi ke sekolah dan sebaliknya terasa liat dan kurang gembira untuk pulang ke rumah.

Sekiranya sebuah sekolah berjaya menjadikan para pelajarnya mahu ke sekolah, itu merupakan selangkah awal ke arah kejayaan institusi pendidikan itu. Ini kerana, pelajar yang datang ke sekolah dengan keinginan mereka sendiri akan pasti memudahkan lagi proses pembelajaran mereka.

Berikut adalah antara perkara-perkara yang dilakukan di ASIQS dalam merealisasikan satu suasana yang seronok dalam pembelajaran :

Panggilan Abang dan Kakak

Di ASIQS, tiada istilah cikgu atau guru digunakan oleh para pelajar ketika memanggil guru-guru mereka. ASIQS menggalakkan para pelajar menggunakan panggilan “abang” dan “kakak” ketika memanggil guru-guru mereka. Kami tidak pernah memaksa mereka untuk memanggil sebegitu kerana ada sahaja panggilan seperti “teacher”, “madamme” dan lain-lain digunakan asalkan mereka selesa dengan gelaran yang digunakan.

Dengan menggunakan gelaran-gelaran seperti “abang” dan “kakak” ini, ia menimbulkan satu rasa kekeluargaan di dalam diri pelajar itu sendiri. Apabila rasa kekeluargaan itu timbul, ia menaikkan sikit semangat pelajar untuk belajar. Ini terbukti kerana di ASIQS, pelajar sangat suka dan berani untuk ke hadapan membuat persembahan atau pembentangan.

Belajar Secara Bermain

Kanak-kanak sukakan permainan. Apa sahaja permainan kebiasaannya akan dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Begitu jugalah dengan pelajar dalam sistem pembelajaran. Tanpa kita sedari, anak-anak sukakan diri mereka dicabar. Jadi dengan menjadikan sesuatu sesi pembelajaran itu permainan, ia seolah-olah menjadi pemangkin kepada mereka untuk menimba ilmu.

Pernah suatu ketika di ASIQS guru Matematik menemui jalan buntu untuk mengajar tajuk bahagi kepada murid-murid berumur 12 tahun. Guru itu kemudiannya menjadikan satu permainan Treasure Hunt dengan menjadikan soalan Bahagi Matematik sebagai pembayang bagi lokasi Treasure itu. Berpusu-pusu pelajar cuba menyelesaikan soalan bahagi tu. Ada yang tidak tahu menyelesaikannya pada peringkat awal, tetapi setelah belajar sendiri beliau berjaya selesaikan dan jumpa lokasi Treasure yang disembunyikan.

Strategi Pembelajaran yang Pelbagai

Di dalam sebuah kelas pembelajaran, kebiasaannya bukan semua pelajar mempunyai tahap kecekapan pembelajaran yang sama. Pasti ada yang cekap dapat memahami ilmu dengan cepat dan pasti ada yang sedikit terkebelakang. Bagi mengatasi masalah ini, setiap guru di ASIQS akan diarahkan untuk menyediakan beberapa strategi pembelajaran yang berbeza untuk dibekalkan kepada pelajar yang berbeza tahap kecekapan.

Konsep Pemahaman sebelum Penghafalan

Antara prinsip utama yang dipegang oleh ASIQS ialah konsep pemahaman sebelum penghafalan. Di sini kami tidak memberi penekanan terhadap hafalan selagi mereka belum memahami sesuatu pembelajaran itu. Sebagai contoh, dalam subjek Quranic Thaughts, pelajar didedahkan dahulu dengan situasi sebenar konsep kitaran air sebelum disuruh menghafal rajah kitaran air.

Perkara yang sama juga digunakan dalam subjek-subjek lain seperti Hafazan, Tafseer dan Matematik. Pelajar ditekankan pembelajaran Bahasa Arab selari dengan pembelajaran Tafseer. Setelah menjalankan kajian, ternyata pelajar yang mempunyai asas Bahasa Arab akan dapat menghafaz al Quran dengan lebih mudah berbanding mereka yang tidak mempunyai sebarang asas.