t>

Inclusive Strategy

Inclusive Strategy

20% warga ASIQS terdiri daripada pelajar yang mengalami kesukaran pembelajaran seperti Dyslexia, ADHD, Mild Autism dan sebagainya. Apa yang menarik, mereka belajar secara bercampur di dalam kelas yang sama. Selama 7 tahun ASIQS beroperasi, terdapat banyak kisah-kisah kejayaan mereka yang amat dibanggakan seluruh warga ASIQS.

Setiap pelajar baru yang mendaftar di ASIQS akan melalui proses screening yang mengambil masa lebih kurang 4 bulan. Pelajar yang memerlukan perhatian seterusnya dibantu dengan cara-cara yang berbeza. Ada yang mendapat strategi pengajaran berbeza di dalam kelas yang sama (differentiated learning), ada yang diambil secara perseorangan bersama guru di kelas intervention.

Bergantung kepada kondisi pelajar, ada yang mendapat khidmat konsultasi daripada pakar-pakar luar yang diuruskan pihak sekolah.

Di peringkat umur 15 tahun ke atas pula, pelajar terbabit diberikan pilihan untuk menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) ataupun boleh memilih sijil kemahiran Technical & Vocational Education and Training (TVET) yang setaraf hasil daripada kolaborasi ASIQS dan industri. Antara sijil kemahiran yang ditawarkan melalui kerjasama dengan industri ialah:

  • Fashion Design dengan kerjasama Syarikat Telekung Siti Khadijah
  • Pengaturcaraan dengan kerjasama KiddoCode.