t>

Quran Inspired Syllabus

Quran Inspired Syllabus

Kejayaan sesuatu silabus atau instruksi bergantung kepada 4 aspek :

  • Penetapan objektif atau sasaran hasil pembelajaran (Learning outcome)
  • Kandungan pembelajaran (Learning content)
  • Pendekatan Pembelajaran (Learning approach)
  • Strategi Penilaian (Assessment strategies)

Di ASIQS keempat-empat perkara tersebut diinspirasikan daripada Al-Quran.

Penetapan Objektif / Hasil Pembelajaran

Pembelajaran di ASIQS mensasarkan pembangunan manusia yang digariskan oleh Allah di dalam Al Quran. Untuk memudahkan guru-guru mensasarkan pembelajaran sedemikan, pasukan penyelidik ASIQS membangunkan Quranic Taxonomy.

Taxonomy ini digunapakai sebagai alternatif kepada Taxonomy Bloom yang digunakan secara meluas di serata dunia. Melalui Quranic Taxonomy ini mengelaskan manusia kepada 2 komponen iaitu ruh dan jasad. Komponen Ruh terbahagi kepada 2 sub-komponen iaitu AQL dan Qalb. Manakala sub-komponen Jasad pula ialah Al Hayawaniyah (Naluri kehaiwanan) dan Al Muharrikah (Freewill)

Setiap sub-komponen diperincikan dan dibangunkan satu persatu sepanjang hayat pelajar untuk membangunkan Insan seperti yang dikehendaki Allah.

Kandungan Pembelajaran

Setelah sasaran jelas, perkara kedua yang dibangunkan pasukan penyelidik ASIQS ialah kandungan pembelajaran. Kandungan pembelajaran haruslah seimbang dari aspek keluasan subjek (broadness of coverage) dan kedalaman subjek (depth of coverage).

Menyedari hakikat itu, Al Quran adalah konten yang dipilih untuk dibangunkan kerana ia merupakan wahyu yang turun dari Allah. Pastilah Al Quran mempunyai keluasan dan kedalaman subjek yang sempurna sesuai dengan semua peringkat umur, sosiobudaya dan sepanjang zaman.

Di ASIQS, isi kandungan keseluruhan ayat Quran dikelaskan kepada 3 tema besar iaitu:

Ayat-ayat Kauniyah

Ayat-ayat kauniyah menerangkan tentang Allah, kejadian manusia, alam, Kosmologi seperti hari Qiamat, hari pengadilan, hari pembalasan, Syurga & Neraka. Tujuan ayat-ayat ini adalah untuk meletakkan pemikiran dan hala tuju manusia di landasan yang betul agar manusia dapat mengeluarkan potensi aqalnya ditempat yang betul.

Demi memudahkan penghayatan kumpulan ayat-ayat ini, ia turut digabungkan dengan sains tabii seperti Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik. Gabungan ini dijadikan subjek Quranic Thoughts di ASIQS.

Ayat-ayat mengenai kaum, tokoh dan peristiwa

Ayat-ayat berkenana masa lampau ini bertujuan untuk menguatkan semangat, dan untuk diambil sebagai iktibar oleh masyarakat sekarang. Untuk memudahkah proses penghayatan dan pengambilan iktibar, kumpulan ayat-ayat ini digabungkan bersama kajian sains masyarakat, tamadun dunia, tamadun Islam, tamadun alam Melayu dan juga Geografi.

Hasil gabungan ini dijadikan subjek Quranic Civilisation & Sociology

Ayat-ayat Ahkam

Ayat-ayat berkenaan ibadah atau ritual, akhlaq, muamalat, perkahwinan dan sebagainya digabungkan dengan kemahiran hidup seperti kebersihan, perniagaan, perakaunan dan kepimpinan. Ini bertujuan melatih pelajar untuk hidup dengan baik berlandaskan panduan dari Al Quran. Di ASIQS, ia dinamakan subjek Quranic Living Skills.

Selain daripada 3 tema besar, matapelajaran Quranic Research Skills dibangunkan untuk melatih kemahiran Bahasa Arab dan metadologi penyelidikan Quran. Ini untuk ‘empower’ pelajar memahami dan menggali rahsia-rahsia secara individu mahupun berkumpulan.

Setelah mendalami Al Quran, menjadi tanggungjawab pelajar menyampaikan pengajaran Al Quran secara berhemah dan terbaik. Oleh itu, subjek Quranic Propagation Skills diadakan untuk melatih kemahiran berkomunikasi di dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Bahasa Melayu, teknik-teknik penyampaian berkesan serta kemahiran menggunakan teknologi media kreatif seperti menggubah video, fotografi, menulis blog dan sebagainya.

Secara keseluruhannya 5 subjek utama berinspirasikan Quran inilah yang menjadi konten pembelajaran di ASIQS

Pendekatan Pembelajaran

Pendekatan pembelajaran yang digunakan di ASIQS tidak tertakluk kepada sekadar mengikut ‘trend’ pembelajaran abad ke 21. Kami percaya tiada “one size fit all” di dalam pembelajaran. Oleh itu, kami gunakan pelbagai pendekatan, samada tradisional mahupun pembelajaran abad ke 21 untuk disuaikan dengan objektif, konten pembelajaran dan kecenderungan pelajar itu sendiri.

Antara strategi instruksional yang kami gunakan:

  • Traditional Classroom / sistem Talaqqi
  • Reciprocal Teaching
  • Socratic Seminar
  • Pembelajaran berkumpulan
  • Flip classroom
  • Project Based Learning
  • Webquest
  • Hands on learning / amali
  • Dan lain-lain lagi.

Strategi Penilaian

Memandangkan proses pendidikan di ASIQS merupakan pendidikan holistik, sudah tentu penilaian berasaskan peperiksaan tidak memadai. Oleh itu, ASIQS sentiasa berinovasi di dalam rangka kerja dan kaedah-kaedah penilaian. Penilaian di ASIQS bertujuan untuk guru-guru belajar dan mengenali kekuatan, kelemahan dan potensi setiap individu. Tiada sistem ‘grade’ dan ‘ranking’ di ASIQS.

Antara aspek utama yang dinilai ialah:

  • Attainment (Sejauh mana pelajar mencapai sasaran yang ditetapkan)
  • Behaviour (tingkah laku, sikap terhadap pembelajaran dan kemahiran ekskutif)
  • Talent & Interest (minat, kecenderungan dan bakat pelajar yang perlu diraikan dan dibangunkan)